Kereta Tempatan Mudah Remuk, Ramai Tak Tahu Puncanya Terus Kondem Sebagai “Tin Milo” !

Kereta Tempatan Mudah Remuk, Ramai Tak Tahu Puncanya Terus Kondem Sebagai “Tin Milo” ! | Baru-baru ini tular mengenai satu kemalangan, apabila sebuah motosikal berkuasa tinggi BMW telah melanggar sebuah kereta Proton Saga.

Peristiwa kemalangan ini telah menjadi bahan gurauan bagi sesetengah netizen apabila keadaan belakang Proton Saga itu remuk teruk selepas ‘dihentam’ oleh motosikal BMW R 1200 GS.

Ramai yang melabelkan kualiti kenderaan buatan Proton sangat rendah dan tidak kurang memanggilnya sebagai ‘tin milo’. Namun, seorang netizen tampil menjelaskan mengenai mengapa bahagian hadapan dan belakang kereta sengaja dibina untuk mudah remuk dan kemek.kereta tempatan

Kebanyakkan kereta sememangnya dibuat dengan Crumple Zone termasuk kereta tempatan

Kebanyakkan kereta pada zaman kini sememangnya dibuat dengan binaan crumple zone. Crumple zone ini adalah bertujuan bagi menyerap hentakan untuk mengurangkan kesan impak pada tengah badan kenderaan ketika kemalangan.

Netizen itu turut memberitahu, kereta Proton Saga tersebut yang berada dalam keadaan statik, membuatkan kereta tersebut tidak mempunyai kesan momentum. Berbeza dengan motosikal BMW itu yang sedang bergerak sewaktu pelanggaran berlaku.

Untuk memudahkan pemahaman, contohnya sebuah kenderaan yang tidak mempunyai crumple zone, akan menyebabkan semua tenaga hentakan dipindahkan kepada penumpang dalam kereta yang mungkin akan menyebabkan kesan yang lebih teruk kepada mereka.

Namun, menurutnya kereta berjenama mewah pastinya menggunakan bahan dan teknologi yang lebih bagus dalam menyerap hentakan apabila berlaku kemalangan. Tidak bersesuaian sekiranya kita membandingkan kereta mewah dengan kereta tempatan yang pastinya berharga jauh lebih rendah di pasaran.

BACA JUGA: Jika Kereta Terlibat Dalam Kemalangan, Inilah 2 Perkara Penting Anda Patut Tahu

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

8 + eighteen =