Ini Cara Buat Sotong Celup Tepung Yang Sedap Rangup, Tepung Tak Tanggal Waktu Digoreng

Kita selalu tertanya-tanya kenapa sotong celup tepung yang makan di kedai sedap ranggup dan tak tanggal pun tepungnya.

Sedangkan bila kita buat, habis luruh tepungnya. Itu belum lagi meletup-letup dalam kuali.

Supaya lepas ni sotong celup tepung kegemaran kita elok kejadiannya, rangup, tepungnya melekat elok boleh ikut tip dari Fatihah Aziz ini.

Menariknya untuk hasilkan sotong celup tepung yang crunchy ini dia tak gunakan tepung segera pun sebaliknya buat sendiri bancuhan tepung. Tip penting katanya bancuhan kena sejukkan dulu!

BACA JUGA: Inilah Rahsia Buat Jeruk Mangga Yang Rangup Krup Krap, Rasa Pun Lebih Sedap!

Sotong celup tepung yang sedap crunchy

Bahan untuk bancuhan tepung kering:

  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 sudu besar tepung beras
  • 2 sudu besar tepung jagung.
  • 1 sudu besar garam
  • Campur 3 jenis tepung ini dan gaul rata.

Bahan bancuhan tepung basah:

  • Ambil sedikit tepung yang dah digaul rata tadi.
  • Tambah 1 biji telur & sedikut air (secukupnya).
  • Adunan tepung tak cair sangat dan tak pekat sangat. Sedang-sedang saja.

Step by step

1. Rendam sekejap sotong dengan air panas dalam 2-3 minit bagi kembang supaya mudah bila nak celup tepung sebelum menggoreng.

2. Ok, dah siap tepung basah tadi, boleh masukkan sotong ke dalamnya & gaul rata macam ni.

3. Siapkan 2 bahan
– Tepung Basah yg dah dicelup sotong dalamnya
– Tepung Kering utk celupan ke 2 sebelum goreng

Dua bahan ini masuk dalam peti ais. Biarkan sejuk dalam 20-30 minit.

Sotong Celup Tepung

4. Dah sejuk tepung tadi bolehlah keluarkan. Celup sotong (yang sudah terendam dengan tepung basah tadi) dengan tepung kering. Gaul rata, bagi keseluruhan sotong mesti kena tepung. Dah boleh digoreng.

Inilah hasilnya sotong celup tepung.

Sotong Celup Tepung

Selamat mencuba

Sumber: Fatihah Aziz

You might also like
Leave A Reply
Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Your email address will not be published.