Mangsa Keracunan Makanan Akibat Puding Buih Meningkat, Pemuda Ini Jelaskan Kaedah Memasak Yang Betul

Setakat semalam, mangsa keracunan makanan akibat puding buih di Terengganu meningkat kepada 74 orang berbanding 48 sebelum ini.

Pengarah Kesihatan Terengganu Dr Nor Azimi Yunus berkata, daripada jumlah itu, yang terdiri daripada 16 keluarga, seramai 62 pesakit tinggal di Kuala Terengganu manakala 12 lagi dari daerah Marang.

Sebelum ini, mangsa yang dirawat mengalami keracunan makanan selepas memakan puding buih yang dibeli secara dalam talian pada Jumaat lepas.

BACA: Puding Susu Nata De Coco Guna Sukatan Cawan. Confirm Jadi!

Berdasarkan siasatan awal Jabatan Kesihatan Daerah, kemungkinan besar ianya berpunca daripada telur yang digunakan dalam puding buih tersebut.

Resipi puding buih

puding buih

Jika dilihatkan pada resepi puding buih ini, ada yang berpendapat berlakunya pelanggaran suhu yang mungkin menyebabkan berlakunya keracunan makanan. Faizal Sulaiman menjelaskan perkara ini menerusi laman Twitter nya memandangkan isu ini sedang hangat dibincangkan di media sosial.

“Ada pelanggaran suhu kat sini sebab suhu suam tu tak dinyatakan berapa. 5°C – 65°C adalah danger zone.”

Resepi puding buih memerlukan meringue dan kuning telur yang sudah dipukul dimasukkan di dalam bancuhan agar-agar yang sudah suam selepas dididihkan. Kemungkinan di sini, suhu suam yang berlaku pada bancuhan agar-agar itu telah jatuh kepada ‘danger zone’ dan menyebabkan telur tidak masak sempurna.

“This wrong sebab suhu suam tadi mungkin dah drop ke danger zone. Telur tak masak sempurna dan keracunan makanan boleh berlaku.”

Dia menjelaskan maksud ‘danger zone’ adalah suhu bahaya dimana bakteria boleh membiak dengan banyaknya (secara binary fission). Oleh itu, bagi menghentikan pertumbuhan ini adalah dengan memasak pada suhu yang betul (high heat) iaitu lebih 65 degree dan ke atas supaya makanan selamat dimakan.

“Kena bagi masak betul-betul.”

https://twitter.com/sleepycakes/status/1265249161386979328?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1265249161386979328&ref_url=http%3A%2F%2Famazingnara.com%2Fmangsa-keracunan-makanan-akibat-puding-buih-meningkat-pemuda-ini-jelaskan-kaedah-memasak-yang-betul%2F

“Tak pernah tengok resepi pakai telur tak masak.”

Mangsa-mangsa keracunan makanan di Terengganu itu kesemuanya mengalami cirit-birit, muntah dan demam selepas menikmati puding buih tersebut. Kebanyakan mereka yang menikmati juadah itu ketika berbuka puasa Jumaat lalu terus ke tandas beberapa ketika selepas itu.

Sumber

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

nineteen − eight =