Kenapa Lidah Gatal Selepas Makan Nanas? Ini Cara Untuk Atasinya

Kenapa Lidah Gatal Selepas Makan Nanas? Ini Cara Untuk Atasinya | Manis-manis nanas memang sedap, lagi kalau dimakan sejuk pada hari panas. Selain makan secara kosong, nanas boleh dibuat lauk pauk seperti gulai lemak nanas ikan masin, pajeri nanas, acar dan banyak kali. Senang kata buah nanas memang universal sampaikan buat jus pun boleh.

Kalau anda suka makan nanas pasti tahu tentang rasa ketidakselesaan yang dialami selepas memakannya. Ada yang terasa lidah gatal atau seperti dicubit-cubit kecil pada bahagian lidah. Sampaikan ada sesetengah orang trauma hendak makan nanas atas alasan tidak mahu gatal-gatal lidah dan risau jika nanas mempunyai kandungan merbahaya!

lidah gatal

Anda silap…

Rupanya buah nanas mengandungi enzim tersendiri dipanggil bromelian. Bromelian ditugaskan untuk memecahkan protein didalam nanas sekaligus menyebabkan timbul rasa gatal dalam bahagian mulut terutamanya lidah. Tapi jangan takut sebab ianya hanya rasa gatal pada bahagian mulut, bila sudah ditelan air liur dan asid perut akan melindungi bromelian dari menyerang bahagian lain.

Berita baiknya tentang bromelian

Kandungan bromelian pada nanas sebenarnya menukarkan protein kepada asid amino. Yakni mempunyai pelbagai kebaikan seperti mencegah sakit keradangan otot dan sendi. Malah ia membantu mempercepatkan pertumbuhan tisu-tisu baru dan mengurangkan parut luka.

Selain itu ia tinggi dengan antibiotik bagi meredakan demam, selesema dan batuk. Kajian juga mendapati bromelian sedikit sebanyak membantu untuk mengurangkan berat badan! Jangan lupa memakan nanas memberi tubuh Vitamin B jenis thiamin iaitu memberi tenaga berpanjangan.

Tak tahan rasa lidah gatal?

Satu cara untuk melegakan rasa gatal ialah dengan berkumur dengan air garam. Jika cara itu gagal, anda boleh memakan aiskrim atau yogurt untuk meredakan ketidakselesaan.

Jadi siapa kata gatal lidah selepas makan nanas sebab nanas itu ‘tajam’. Mengarut sama sekali!

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

two × 4 =