Home All Pengetahuan Am Inilah 10 Khasiat Ketumbar Untuk Kesihatan, Selain Digunakan Dalam Masakan.

Inilah 10 Khasiat Ketumbar Untuk Kesihatan, Selain Digunakan Dalam Masakan.

1610
0
khasiat ketumbar
Inilah 10 Khasiat Ketumbar Untuk Kesihatan, Selain Digunakan Dalam Masakan. 1

Inilah 10 Khasiat Ketumbar Untuk Kesihatan, Selain Digunakan Dalam Masakan. | Perkara yang menarik mengenai ketumbar adalah tumbuhan ini ialah daripada daun, bunga, biji, batang dan akarnya boleh dimakan. Namun begitu biji dan daun ketumbar adalah bahagian yang paling banyak digunakan dalam masakan mahupun perubatan.

Ketumbar adalah salah satu herba dan rempah paling tertua pernah direkodkan. Nama saintifik ketumbar adalah coriandrum sativum.

Biji ketumbar berbentuk bulat berwarna coklat kekuningan. Daun ketumbar pula berwarna hijau, bergigi serta mempunyai aroma kuat.

Ketumbar penuh dengan kebaikan untuk kesihatan. Dikatakan terdapat 11 bahan minyak pati dan enam jenis asid (termasuklah asid askorbik atau lebih dikenali sebagai vitamin C).

Selain itu, khasiat ketumbar turut mengandungi mineral seperti fosforus, kalsium, magnesium, potassium, sodium dan juga vitamin A, B,C dan K.

Kebaikan khasiat ketumbar terhadap kesihatan memang tidak dapat dinafikan.

10 Khasiat Ketumbar Untuk Kesihatan Kita

Merendahkan Keradangan Kulit

Cineole, satu dari 11 bahan minyak pati, dan asid linoleik terdapat dalam ketumbar. Bahan-bahan ini memiliki sifat-sifat antireumatik dan antiartritis. Ia dikatakan mampu mengurangkan pembengkakan yang disebabkan oleh kedua-dua keadaan tadi.

Merawat Penyakit Kulit

Sifat-sifat penyahjangkit (disinfektan), penyahtoksikan, antiseptik, antikulat, dan antioksidan ketumbar dikatakan sesuai untuk membersihkan penyakit kulit seperti ekzema, kekeringan dan jangkitan kulat.

Merendahkan Tahap Kolesterol

Kehadiran asid-asid dalam ketumbar seperti asid linoleik, asid oleik, asid palmitik, asid stearik dan asid askorbik amat berkesan dalam mengurangkan tahap kolesterol dalam darah.

Khasiat ketumbar juga dikatakan mengurangkan tahap pemendapan kolesterol jahat atau LDL di sekeliling lapisan dinding arteri dan vena yang boleh membawa kepada masalah kardiovaskular serius seperti serangan jantung, aterosklerosis, dan stroke.

Paling penting, herba ini dikatakan mampu membantu meningkatkan tahap kolesterol baik atau HDL yang akan bertindak sebagai barisan pencegahan dalam menentang sejumlah masalah kesihatan berbahaya.

Merawat Diarea Dan Mencegah Loya

Bahan-bahan minyak pati yang ditemui dalam ketumbar seperti borneol dan linalool dikatakan mampu membantu dalam pencernaan, fungsi hati dengan sempurna, dan mengikat usus sekaligus mampu menbantu merawat diarea.

Ketumbar dikatakan mampu dimakan untuk mencegah loya-loya, rasa muntah dan masalah perut.

Mengawal Tekanan Darah

Ketumbar dikatakan mampu membantu merendahkan tekanan darah mereka yang mengalami hipertensi.

Ia menguatkan interaksi ion-ion kalsium dan acetycholine iaitu pemancar saraf dalam periferi dan sistem saraf utama, dan menenangkan tekanan pembuluh darah; sekaligus mengurangkan peluang untuk mendapat masalah kardiovaskular termasuklah serangan jantung dan stroke.

Merawat Ulser Mulut

Citronellol, bahan minyak pati dalam ketumbar adalah antiseptik hebat. Selain itu bahan-bahan lain yang terdapat dalam ketumbar mempunyai kesan penyembuhan dan antimikrob yang memastikan luka dan ulser menjadi semakin teruk.

Memakan ketumbar dikatakan mampu mempercepatkan proses penyembuhan ulser dan mencegah nafas berbau.

Mencegah Anemia

Ketumbar kaya zat besi, yang mampu digunakan bagi membantu mereka yang mengalami anemia. Kandungan zat besi yang rendah dalam darah boleh membawa kepada masalah sesak nafas, palpasi jantung, kelesuan melampau dan pengurangan dalam fungsi kognitif.

Besi juga berguna untuk memastikan organ-organ berfungsi dengan sempurna, meningkatkan tenaga dan kekuatan dan merangsang kesihatan tulang.

Sifat-Sifat Antialahan

Pelbagai kajian telah menunjukkan bahawa ketumbar memiliki sifat-sifat antihistamin kuat yang boleh mengurangkan kesan tidak selesa alahan bermusim dan rhinitis.

Minyak ketumbar juga dikatakan boleh digunakan untuk mengurangkan reaksi alahan yang disebabkan berikutan dengan sentuhan pada tumbuhan, serangga, makanan dan bahan-bahan lain.

khasiat ketumbarMencegah Masalah Sakit Haid

Ketumbar adalah perangsang asli, dan ia mampu mengawal rembesan sempurna daripada kelenjar endokrin. Kesan berhormon ini ia mampu membantu dalam mengawal kitaran haid dengan sempurna dan mengurangkan penyakit yang dikaitkan dengan haid wanita.

Menjaga Mata

Ketumbar penuh dengan antioksidan, vitamin A, vitamin dan mineral seperti fosforus, yang mampu mencegah masalah penglihatan, kemerosotan makula, dan mengurangakan tekanan pada mata.

Terdapat beta karotena pada daun ketumbar yang mampu mencegah sejumlah penyakit yang memberi kesan pada mata. Ia juga dikatakan mampu memterbalikkan kesan kemerosotan penglihatan pesakit berusia.

Bagaimana hebatkan khasiat ketumbar yang biasanya kita hanya gunakan untuk masakan sahaja? Apakata kongsikan artikel ini dengan rakan anda yang lain supaya khasiat ketumbar ini boleh digunakan semaksimum mungkin untuk mereka yang memerlukan.

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here