Kejang Kaki Di Waktu Malam? Ini Punca & Cara Untuk Menghilangkan Kesakitan

Kejang Kaki Di Waktu Malam? Ini Punca & Cara Untuk Menghilangkan Kesakitan | Sedang anda sedap tidur, tiba-tiba anda disentapkan dengan kekejangan otot. Pernahkah anda terfikir bagaimana ia berlaku dan apakah langkah yang boleh diambil untuk mengelakan kekejangan otot?

Ya kami tahu memang sakit, nanum jangan jerit-jerit terlalu kuat sampai menjagakan semua orang yang sedang tidur. Pekara ini sebenarnya NORMAL dan sering terjadi pada orang ramai.

Sebenarnya percayakah anda, kejang kaki di waktu malam akan makin bertambah sama dengan umur anda yang semakin meningkat. Jadi anda lebih terdedah daripada terkena krem kaki.

Kejang Kaki

Masalah dengan kiraan BMI yang terlalu tinggi juga boleh memainkan peranan penting dan menjadi punca terjadinya Nocturnal Leg Cramp atau kejang kaki di waktu malam.

Malah orang yang merokok juga lebih terdedah dari terkena kekejangan otot berbanding orang yang tidak merokok.

Selain itu, faktor keadaan kesihatan seperti angina, serangan jatung, arthritis, tekanan darah tinggi, diabetes, kegagalan fungsi hati astha dan lain-lain juga memainkan peranan penting kerana gerakan badan mereka terhad dan pengunaan kaki mereka kurang aktif, jadi mereka lebih terdedah mengalami kekejangan otot di waktu malam.

Namun ada dua cara yang anda boleh tangani masalah kejang kaki ini. Antaranya anda boleh gunakan hot pack dan letakkan dibahagian yang sakit dan tekup sekurang-kurangnya beberapa minit dan ulangnya lagi.

Atau dengan cara lain tarik nafas, bertenang dan regangkan kaki dengan melakukan sedikit senaman seperti duduk dengan kaki melunjur ke hadapan, ambil tuala, sangkutkan di jari-jari kaki dan tarik tuala tersebut. Pastikan lutut anda tegak saat anda menarik tuala tersebut.

Beginilah cara yang disyorkan oleh beberapa pakar kesihatan dan beberapa pakar fisio. Jadi apabila anda kena kekejangan otot, anda boleh lakukan beberapa cara yang disyorkan ini.

BACA JUGA: Tahukah Anda? Jika Kaki Tiba-Tiba Kram Ini Yang Anda Perlu Buat

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

fourteen − 12 =