Kanser Payudara: Lelaki Lebih Tinggi Risiko Maut Berbanding Wanita

KANSER payudara tentu sekali menjadi mimpi ngeri kebanyakan wanita di seluruh dunia. Namun perlu diketahui bahawa penyakit yang boleh membawa risiko maut itu tidak sahaja menyerang wanita, lelaki juga berpotensi untuk menghidap barah yang membunuh itu.

Laporan terbaru mendapati satu daripada seratus (1 peratus) penghidap kanser payudara adalah terdiri daripada kalangan lelaki.

Meskipun peratusan golongan lelaki yang mendapat serangan kanser payudara secara relatifnya sangat rendah, namun risiko kematian akibat penyakit itu dilaporkan jauh lebih tinggi berbanding wanita.

Datuk Dr Imi Sairi Ab. Hadi, seorang Pakar Perunding Bedah Kanser Payudara dan Endoktrin dari Hospital Raja Perempuan Zainab ll dipetik sebagai berkata, daripada 300 pesakit yang disahkan menghidap kanser payudara dalam setahun, satu peratus daripada mereka adalah lelaki.

“Kanser payudara jarang berlaku dalam kalangan lelaki. Dalam setiap 100 orang pesakit kanser payudara, hanya seorang sahaja lelaki menghidapnya.”

kanser payudara, kanser payudara lelaki, payudara lelaki, payudara lelaki bengkak, bonjolan pada payudara lelaki

“Namun, sekiranya kanser payudara dihidapi lelaki, serangannya adalah jauh lebih agresif berbanding wanita dan risiko kematiannya juga adalah lebih tinggi,” katanya.

Katanya lagi, golongan lelaki yang menghidap kanser payudara mungkin disebabkan oleh faktor genetik.

Tambahnya lagi, golongan wanita perlu diberi kesedaran untuk melakukan pemeriksaan, imbasan dan pengesahan sama ada mereka menghidap kanser payudara lebih awal.

BACA JUGA: Kanser Perut Adalah Pembunuh Senyap! Berikut Adalah Tanda-tanda & Gejalanya

“54 peratus pesakit kanser yang datang mendapatkan rawatan di hospital adalah terdiri daripada mereka yang sudah berada pada tahap 3 dan 4. Pada tahap ini tidak banyak yang kita boleh bantu kerana sudah berada di tahap kritikal,” katanya

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. TQ

Komen Anda...

Add Comment