7 Cara Didik Anak Lebih Pintar

Anak-anak kita sangat unik dan mempunyai keistimewaan tersendiri. Jadi kenapa kita mesti fokus kepada kelemahan dan perkara lain yang mereka tidak boleh lakukan dengan baik seperti kanak-kanak lain berbanding kelebihan mereka?

Menjadi tugas ibu bapa untuk membantu membentuk bakat semula jadi anak, jadi barulah mereka boleh berjaya dan melalui pengalaman baik dalam hidup.

Untuk mendidik kekuatan individu anak anda yang unik, ada tujuh perkara yang anda mesti amalkan.

1. Jangan tengok pada ‘masalah dan cuba ‘membetulkannya’

Tak kira sama ada di rumah atau pun sekolah, kita biasanya akan fokus kepada apa kesilapan yang dibuat oleh anak.

didik anak lebih pintar, anak pintar, petua anak pintar, petua anak cerdik, petua anak pandai

Tidak semua orang boleh menjadi bagus dalam semua perkara, jadi lebih awal anda kenal pasti kelebihan anak, maka lebih bagus untuk anda fahami faktor menarik semula jadi anak-anak supaya mudah membimbing mereka ke mercu kejayaan.

2. Bantu menukar kelakuan buruk dengan sesuatu yang lain

Antara kelakuan buruk kanak-kanak prasekolah adalah suka menggigit orang. Ia sangat menggeramkan para ibu bapa.

Sudahnya ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang suka menggigit asyik fokus kepada kelemahan si anak sahaja.

BACA JUGA: Sedar Tak Kita Sedang ‘Dera’ Anak dalam SENYAP?

Mereka asyik bertanya soalan yang sama. “Hari ni ada gigit kawan tak?” atau mengingatkan anak supaya jangan menggigit kawan!

Sebaiknya cuba cari apa minat anak anda dan bakat sebenarnya, jadi anda ada benda lain untuk diberi perhatian dan bukan sekadar masalah dia suka menggigit orang lain.

3. Fokus kepada aktiviti yang paling anak gemar

Tentu anda dapat kesan apa jenis permainan atau aktiviti yang mampu membuatkan si kecil duduk diam dalam masa yang lama.

Contohnya jika dia gemar bermain permainan lego, maka anda boleh memintanya membina objek yang pelik dan sukar. Dengan cara ini anda membantunya menjadi lebih kreatif kerana otaknya berfikir dan ototnya aktif bekerja.

4. Bina rangkaian ‘rakan kongsi’

Bukan hanya anda berdua sahaja yang ditemui oleh anak setiap hari. Sebagai ibu bapa, anda tentu melihat anak membuat sesuatu perkara yang baru setiap hari.

Jika ada orang lain di sekeliling hidup anda seperti datuk nenek, jiran-jiran, guru dan pengasuh yang mampu memerhatikan beberapa aspek karektor anak, jadi mereka boleh membantu mengesan apa bakat yang dimiliki oleh anak.

Dengan cara itu anda boleh mengasah bakat tersebut dan memberi fokus kepadanya.

BACA JUGA: Hanya Gunakan 2 Bahan Ini Dapat Cegah Anak Kecil Dari Kencing Malam

5. Berikan perhatian tanpa sempadan

Perhatikan berapa kali anak meminta anda memberi perhatian dengan apa yang mereka buat. Anak-anak cuma mahukan perhatian daripada ibu bapa untuk membesar dengan lebih berkeyakinan dalam menghadapi cabaran dalam kehidupan.

6. Biasakan beri masa menunggu jawapan daripada anak

Gandakan masa anda menunggu apa yang anak fikirkan tentang sesuatu soalan. Apabila anda mula melatih diri untuk lebih mendengar apa yang ingin diperkatakan oleh anak, dan mengesan apa yang mereka inginkan, maka komunikasi akan lebih berjalan lancar.

7. Jangan harap perubahan sekelip mata

Matlamat sebagai ibu bapa adalah untuk memastikan anak-anak hidup bahagia dan gembira. Jika anda sedang dalam proses mengubah perilaku anak-anak kepada yang lebih positif, jangan jangkakan ia berlaku sekelip mata. Yang penting ibu bapa jangan cepat putus asa.

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

four − one =