Awas ! Jika Anda Kerap Stres, Inilah 5 Penyakit Selain Sakit Kepala Boleh Terjadi.

Awas ! Jika Anda Kerap Stres, Inilah 5 Penyakit Selain Sakit Kepala Boleh Terjadi. | Stres bukan sahaja hanya akan mempengaruhi perasaan dan emosi anda, ia juga boleh menyebabkan badan anda tidak sihat.

Sekiranya seseorang itu mengalami tekanan, tubuh badan akan mengeluarkan hormon yang disebut kortisol. Hormon ini dapat mengurangkan daya ingatan, imuniti badan, dan kekuatan tulang.

Selain itu, berat badan, tekanan darah, dan kolesterol juga akan meningkat. Disebabkan keadaan ini, badan manusia akan terdedah kepada penyakit.

BACA JUGA : Suami Kena Letak 4 Mindset Ini, Confirm Isteri Tak Stres Uruskan Rumahtangga

kerap stres

Terdapat 5 jenis penyakit yang boleh menyerang badan anda jika anda kerap stres.

Obesiti dan Diabetes

Hormon kortisol mempunyai kesan yang merosakkan badan. Salah satunya adalah membuatkan badan anda hilang kawalan gula dalam darah. Ia dapat menyebabkan risiko anda menghidap penyakit diabetes meninggi.

Biasanya jika anda melawan stres dengan meminum alkohol atau merokok juga dapat meningkatkan risiko diabetes. Kurang bersenam juga memainkan peranan dalam penyakit diabetes.

Migrain(Sakit Kepala)

Salah satu penyakit yang selalu dialami oleh orang yang mengalami stres adalah migrain. Terlalu banyak berfikir adalah sebab terjadinya sakit kepala yang teruk.

Ketika anda stres, hormon kortisol dan adrenalin dalam badan akan membuatkan degupan jantung anda menjadi laju dan saluran darah akan membesar. Perubahan ini akan membuatkan darah mengalir dengan cepat ke tangan dan kaki.

Apabila itu berlaku, bekalan darah ke otak tidak akan mencukupi. Kekurangan bekalan darah menjadikan tahap oksigen di otak terus meningkat sehingga akhirnya menyebabkan sakit kepala.

Penyakit Jantung

Penyelidikan lebih lanjut mengenai hubungan antara stress dan penyakit jantung masih diperlukan. Namun, stres dapat memberikan kemungkinan peningkatan faktor penyebab penyakit jantung seperti tekanan darah dan peningkatan kolesterol dalam badan.

Selain itu, tabiat merokok dan pengambilan alkohol sebagai bentuk melepaskan diri dari stres juga dapat meningkatkan potensi serangan jantung.

Masalah Pencernaan

Stres dapat mengaktifkan tindak balas ‘fight or flight’ pada otak manusia. Ianya adalah reaksi fisiologi yang berlaku sebagai tindak balas terhadap kejadian, serangan, atau ancaman berbahaya yang dirasakan.

Apabila tindak balas ini aktif, fungsi pencernaan yang dikawal oleh sistem saraf enterik dapat “mati seketika” kerana aliran darah tersekat. Berhentinya fungsi pencernaan ini menyebabkan pengecutan otot pencernaan dan mengganggu proses rembesan.

Kerap Stres yang terlalu teruk akhirnya boleh menyebabkan radang gastrousus yang merupakan sistem yang menghubungkan perut dan organ usus dalam tubuh manusia.

Penyakit Mata

Apabila kerap stress , hormon kortisol akan membuatkan penglihatan menjadi kabur. Ini disebabkan oleh saluran darah ke mata dan otak terganggu.

Jadi jika persekitaran anda menjadi punca kepada kerap stres sehingga anda sudah tidak boleh mengawalnya bolehlah cuba mohon cuti untuk mengurangkan tekanan pada diri sendiri. Jika tekanan datang dari keluarga, cuba dapatkan bantuan dari doktor pakar sekiranya keluarga anda tidak mampu membantu.

BACA JUGA : 11 Cara Sempoi Dr. Hamid Arshat Kawal Stres, Katanya Inilah Punca Sebenar Penyakit Bahaya Datang

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

five × two =