Ini 3 Sebab Penting Kenapa Mak Ayah Kena Guna ‘Eye Contact’ Bila Bercakap Dengan Anak

Pasti ada sebab tertentu, kenapa mak ayah kena menggunakan ‘Eye Contact’ atau interaksi pandangan mata bila bercakap mahupun memberi arahan pada anak-anak. Jika tidak masa kan Kate Middleton,The Duchess of Cambridge dan suaminya Putera William, mengamalkan perkara ini tatkala bercakap dengan anak-anak mereka.

Sebenarnya, banyak kesan positif yang bakal diperolehi apabila mak ayah bercakap menggunakan ‘eye contact’ dengan anak-anak ni.

Berikut merupakan perkongsian oleh Puan Noor Afidah Abu Bakar, yang memiliki Certified Positive Parenting Educator(Parent Practice UK) dari Page Parent Connect, sebagai rujukan;

DARI MATA TURUN KE HATI

Kata orang cinta itu bermula dari mata turun ke hati.Ini bukan hanya madah percintaan antara teruna dan dara, kata-kata ini sangat releven dalam membina perhubungan yang positif dengan anak-anak.

1.Komunikasi Efektif

‘Eye contact’ adalah ‘non verbal communication’ dan gerak tubuh yang paling penting dalam membina ‘connection’ dan komunikasi efektif dengan anak-anak.Salah satu sebab utama kenapa anak tidak mempedulikan permintaan, arahan dan peraturan yang ada adalah kerana ibubapa tiada ‘eye contact’ apabila meminta anak melakukan sesuatu.

Sama ada kita hanya memberi arahan dari jauh ataupun memberi arahan sambil membuat sesuatu pekerjaan seperti memasak, membaca, mengemas, menggunakan telefon bimbit – Whatsapp, Facebook, IG, menggunakan komputer, menjemur pakaian dan sebagainya.
Arahan yang diberikan ketika melakukan pekerjaan ini tidak melibatkan ‘eye contact’ yang boleh membina cinta ‘dari mata turun ke hati’ anak-anak.

Begitu juga dengan anak, apabila kita meminta anak melakukan sesuatu ketika anak sedang menonton televisyen, bermain ‘game’, membaca, khusyuk bermain, menggunakan telefon, menggunakan komputer dan sebagainya, anak juga tidak memberi tumpuan kepada kita kerana tiada ‘eye contact’. Anak tidak fokus dan tidak memberi perhatian.

2.Lebih ‘Powerful’

Apabila mata tidak bertentang mata, itu menunjukkan kita tidak serius. Apabila kita tidak serius, anak juga tidak serius mendengar apatah lagi menurut apa yang dipinta. Apa yang anak lihat dalam mata kita adalah lebih ‘powerful’ berbanding kata-kata yang anak dengar keluar dari mulut kita.Eye contact

BACA JUGA : Kesan Pada Otak Anak Jika Kurang Diberi Perhatian Dan Kasih Sayang

3.Bina Rasa Percaya

‘Eye contact’ juga membina rasa percaya (trust) antara ibubapa dan anak. Dengan ini anak-anak yakin yang ibubapa memberi perhatian, peduli dan mengambil berat tentang anak. Bayangkan jika anak datang kepada kita untuk memberitahu atau menceritakan sesuatu dan kita tidak memandang anak kerana leka atau sibuk dengan sesuatu pekerjaan, maka ‘trust’ itu tidak wujud dalam diri anak terhadap kita kerana kita tidak langsung pandang ke arah anak.

Jadi jika anda seringkali perlu ulang-ulang arahan kepada anak dan anak tetap tidak mendengar kata, mungkin yang pertama sekali perlu diperiksa adalah ‘eye contact’ di antara anda dengan anak kerana eye contact membina ‘connection’ dan ‘trust’ yang amat penting dalam komunikasi yang efektif.

Apabila anak sudah terbiasa menunggu kita marah barulah menunjukkan yang kita serius, itu bukanlah tanda berlakunya komunikasi yang positif dan efektif.

Kesimpulannya, jika hendak memberi arahan kepada anak;

  1. Pastikan kita meninggalkan sebarang pekerjaan yang sedang dilakukan.
  2. Pastikan anak meninggalkan sebarang pekerjaan yang sedang dilakukan.
  3. Pastikan ada ‘eye contact’.

Malah dengan anak-anak remaja, saya masih meminta mereka “look at me” apabila saya serius mahu mereka melakukan sesuatu.

Noor Afidah Abu Bakar
Certified Positive Parenting Educator (Parent Practice UK)

Sumber: Parent Connect

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

four × five =