Rasa Kenyal & Manis Kelapa, Ini Resipi Kuih Abok-Abok Utara Juadah Berbuka!

Rasa Kenyal & Manis Kelapa, Ini Resipi Kuih Abok-Abok Utara Juadah Berbuka! | Bila menjelang bulan Ramadan, mesti segelintir dari kita akan mencari kuih sebagai pembuka selera sebelum menikmati hidangan berat.

Tapi sedihnya tahun ini kita tidak dapat ke bazar Ramadan. Tidak mengapa… kali ini kami kongsikan resipi kuih abok-abok untuk anda buat sendiri di rumah.

Kuih abok-abok ada pelbagai versi. Ada setengah negeri menggunakan daun pisang untuk membalut kuih tersebut. Tetapi kuih abok-abok versi utara yang dikongsikan Shakinah Zainal ini sangat mudah, tidak perlu balut dengan daun pisang. Jom cuba![expander_maker id=”1″ more=”TERUSKAN MEMBACA” less=”ARTIKEL LAIN”]

Resipi Kuih Abok-Abok

Inti abok-abok

resipi kuih abok-abok

Langkah pertama, kita perlu buat inti kuih dahulu. Antara bahan yang perlu disediakan adalah 1 atau 2 cawan kelapa parut, 3/4 cawan gula merah. Jika anda suka manis, boleh lebihkan gula. 1 cawan air panas dan 1 sudu besar tepung gandum.

Cara nak buatnya mudah sahaja. Masukkan kesemua bahan ini ke dalam kuali. Kacau sampai kering.

Tapis dan ayak kacang hijau

resipi kuih abok-abok

Sediakan 1 cawan kacang hijau yang sudah dibasuh (kacang hijau yang buat bubur kacang). Letakkan kacang hijau ke dalam kuali. Sangai hingga ranggup (goreng tanpa menggunakan minyak). Sejukkan seketika sebelum blend tanpa menggunakan air. Tuang bahan blend dalam penapis dan ayakkan.

Buat doh pula

resipi kuih abok-abok

Kemudian, sediakan 2 cawan tepung pulut. Bancuh bersama air. Jadikan doh sebegini (seperti di dalam gambar), tidak seberapa keras dan tidak terlalu lembik.

Masukkan inti

resipi kuih abok-abok

Kemudian, ambilkan doh tadi dimasukkan inti yang sudah siap. Tutup doh tadi, jadikan bentuk bebola seperti di dalam gambar. Sementara itu, didihkan air terlebih dahulu sebelum masukkan doh ke dalam air panas tadi.

Didihkan air

resipi kuih abok-abok

Sekiranya, doh tadi kelihatan terapung sebegini anda perlu segera angkat menggunakan penapis.

Golekkan ke dalam tepung

resipi kuih abok-abok

Sebaik sahaja diangkat dari air mendidih tadi, golekkan doh ke atas tepung yang telah dikisar. Tekankan perlahan doh menjadi bentuk leper. Pastikan salutan tepung kena pada semua permukaan doh.

Siap! Boleh dinikmati

resipi kuih abok-abok

Hasil kuih abok-abok versi utara akan jadi sebegini. Rasanya yang kenyal dan manis dengan isi kelapa pasti memberi kepuasan sewaktu berbuka puasa. Memang sedap boleh lah mencuba resipi kuih abok-abok ni!

Sumber: Sakinah Zainal

[/expander_maker]

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

1 × 5 =