Inilah 5 Sebab Lelaki Tak Pernah Tunjuk Baki Akaun, Selain Tak Nak Isteri Risau!

Inilah 5 Sebab Lelaki Tak Pernah Tunjuk Baki Akaun, Selain Tak Nak Isteri Risau! | Suami adalah individu yang paling bertanggungjawab untuk menguruskan soal kewangan dalam sesebuah institusi kekeluargaan.

Namun ada waktunya, lelaki menanggung beban dari sudut ekonomi yang sukar diungkapkan tetapi berpendapat, ia boleh diselesaikan.

Lebih-lebih lagi selepas menyelesaikan segala komitmen bulanan seperti bil air, elektrik, telefon serta pelbagai lagi sehinggalah memasuki fasa pertengahan atau hujung bulan. Semua ini dirahsiakan dan kalau boleh janganlah ada ahli keluarga tahu bahawa nilai baki dalam akaun misalnya cuma tinggal RM50 sahaja kerana :[expander_maker id=”1″ more=”TERUSKAN MEMBACA” less=”ARTIKEL LAIN”]

1. Tidak mahu isteri risau dengan baki akaun

Isteri adalah insan yang paling disayangi dan suami sesekali tidak mahu membiarkan isteri jadi risau. Kalau isteri tahu baki akaun semasa, dia pasti hilang mood dan tidak bersemangat. Memang kejujuran diperlukan, tetapi kalau sampai isteri pun jatuh semangat memang tak best.

2. Mahu isi rumah anggap kewangan masih stabil

Biarlah tinggal RM50, RM40 atau RM30 sekali pun, isi rumah tak perlu tahu nilai akaun milik suami semakin berkurangan. Menjadi budaya kaum lelaki, apabila ada masalah, penyelesaian pasti akan berlaku dan isteri serta anak tidak perlu runsing sama.

BACA: Jadi ‘Penanggung Tunggal’ Kewangan Keluarga. Cukup Ke Duit? Lelaki Ini Kongsi Pasang Surut Duit.

3. Sanggup korbankan keperluan diri

Isteri mengidam nak makan tom yam, susu anak pun nak kena beli dan anda baru bercadang nak tukar tayar motorsikal. Demi keluarga, berbekalkan simpanan yang semakin berkurangan, suami rela abaikan keperluan diri asalkan hajat anak dan isteri dapat dipenuhi.

baki akaun

4. Tahu adanya jalan penyelesaian

Sama seperti salah satu point di atas, kekurangan baki akaun cuma masalah kecil yang boleh diselesaikan. Sebagai suami, cara yang kerap dilakukan adalah dengan kerja lebih masa atau buat dua kerja dalam masa sehari. Namun hasilnya, kebahagiaan anak dan isteri bermain di mata suami.

5. Tidak mahu dilihat gagal

Suami mana mahu dilihat gagal di mata isteri? Walaupun baki akaun dalam bank macam tak cukup sehingga hujung bulan percayalah.. Allah itu akan sentiasa membantu hambaNya dengan cara yang paling tidak disangka-sangka.

Lagi pun sesebuah perkahwinan sering mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T. Justeru, tidak peliklah ketika anda ikhlas berusaha untuk membantu keluarga, ada kalanya anda dapat rezeki terpijak. Betul tak?[/expander_maker]

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

nine + 19 =