Ingatkan Perut Kembung Sebab Makin Gemuk & Masuk Angin, Rupanya Diuji Dengan Kanser Ovari Tahap 3

Jangan disangka jika perut kembung itu disebabkan oleh badan makin gemuk atau perut masuk angin, rupa-rupanya ia juga merupakan salah satu petanda menghidap Kanser Ovari. Penyakit kanser menyerang tidak mengenal usia, baik muda atau tua berisiko untuk menghidapinya, lebih-lebih lagi jika mempunyai sejarah keturunan keluarga dengan penyakit ini.

Thread gadis yang menggunakan nama Atirahhhruslan di laman Twitter ini membuatkan ramai netizen bersimpati dengan Kanser Ovari Stage 3 yang dihidapinya. Pada mulanya, perut kembung hanya disangkakan semakin gemuk tapi rupa-rupanya menghidap penyakit yang sama sekali tidak dijangka.

Berikut antara perkongsian beliau;Kanser Ovari Dysgerminoma stage 3, perut keras dan buncit, bahaya perut buncit dan keras, kanser ovari, Kanser Ovari Dysgerminoma

Walaupun menyedari perut semakin kembung dan keras selepas makan. Gadis ini tidak mempedulikan dan hanya dinasihati ibu minum air eno halia untuk menyurutkan angin dalam badan. Dia mula menyedari perutnya semakin keras bagaikan sesuatu yang ada dalam isi perut. Tapi masih tidak dihiraukan lagi sehingga lah pulang ke kampung semasa cuti semester.

Risiko Potong Usus, Pendarahan Banyak & Boleh Bawa Maut

Ibu dan ayah terus bawa berjumpa doktor di hospital. Setelah menjalani pemeriksaan scan didapati dia perlu menjalani pembedahan segera kerana menghidap Kanser Ovari Dysgerminoma stage 3.

Kanser Ovari Dysgerminoma Stage 3, Ketumbuhan 20cm

Ketumbuhan tersebut membesar kira-kira 20 cm. Tumor ini perlu dibuang segera untuk menghalang ianya semakin merebak seluruh badan. Habis operation, dia perlu mengikuti kimoterapi sebanyak 6 kali. Dia terpaksa membuat keputusan untuk extend semester akhir di salah sebuah universiti tempatan.

Banyak perubahan fizikal telah berlaku seperti badan kelihatan makin kurus, bulu kening mulai nipis dan rambut gugur. Terasa sudah putus asa dengan hidup sehingga tidak sanggup untuk melihat perubahan dirinya di depan cermin. Tetapi dia perlu kelihatan kuat di depan ibu dan ayahnya.

Malah, dia menasihatkan netizen untuk mengelakkan dari mengambil sebarang kolagen atau junkfood. Terutamanya buat individu yang mempunyai latar belakang keluarga menghidap sebarang kanser. Sebelum ini gadis tersebut pernah mengambil kolagen rumpai laut dan mungkin itu adalah punca kanser mulai membesar.

Sakit Penghapus Dosa & Latih Hati Terus Sabar

Buat gadis ini dan para wanita yang diuji dengan penyakit kanser didoakan semoga cepat sembuh. Perjalanan masih jauh semoga terus cekal dan tabah berjuang melawan penyakit ini.

Sumber: Twitter Atirahhhruslan

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

twelve − 3 =