Hati-Hati Kalau Nak Ambil Pil Jerawat Ini, Kena Faham Kesan Sampingannya Dahulu!

Hati-Hati Kalau Nak Ambil Pil Jerawat Ini, Kena Faham Kesan Sampingannya Dahulu! | Semua individu, baik lelaki mahupun wanita inginkan kulit wajah yang flawless, bersih dan cantik. Namun, masalah jerawat sering menjadi pengganggu untuk mendapat kulit idaman!

Terdapat pelbagai cara dan produk yang boleh digunakan untuk merawat masalah kulit berjerawat, termasuk rawatan krim, pil jerawat dan juga laser.

Pun begitu, artikel ini akan mengupas mengenai pil jerawat yang popular, Accutane yang sering diperkatakan oleh orang ramai, teruskan membaca ya!

Kenali pil jerawat isotretinoin

Isotretinoin, juga dikenali sebagai asid 13-cis-retinoik, dijual dengan nama jenama popular Accutane adalah ubat atau pil jerawat yang digunakan terutamanya untuk merawat jerawat yang teruk.pil jerawat

BACA JUGA :: Inilah 5 Jenis Jerawat Yang Ada Di Muka Dan Cara Mengatasinya

Selain itu, isotretinoin digunakan untuk merawat sejenis jerawat teruk yang disebut jerawat nodule.

Jerawat nodule bersifat ketulan berwarna merah, bengkak dan mengandungi nanah terbentuk di kulit. Sekiranya tidak dirawat, jerawat ini boleh menyebabkan parut kekal.

Doktor anda hanya akan memberikan preskripsi isotretinoin apabila rawatan lain, termasuk antibiotik, tidak dapat membantu masalah jerawat nodule anda.

Walaupun isotretinoin dapat membantu merawat masalah jerawat ini, ia juga boleh menyebabkan banyak kesan sampingan.

Sebilangan kesan ini boleh menjadi serius, terutamanya jika ubat diambil semasa kehamilan.

Antara kesan sampingan ringan daripada pengambilan pil jerawat isotretinoin boleh merangkumi:

  • Kulit kering
  • Bibir kering dan pecah
  • Mata berasa kering
  • Hidung berasa kering

Kesan-kesan sampingan di atas boleh hilang dengan sendirinya. Sekiranya jerawat tidak sembuh atau menjadi lebih bermasalah, segera hubungi doktor anda!

Demikian hanyalah kesan-kesan sampingan yang ringan. Seterusnya pula adalah antara risiko yang lebih serius dalam jangka masa panjang kepada kesihatan, seperti:

#1 Peningkatan tahap kolesterol

Isotretinoin dapat meningkatkan kadar lemak dan kolesterol dalam darah anda. Semasa dalam rawatan, doktor anda mungkin mencadangkan ujian darah secara berkala untuk memeriksa tahap lemak dan kolesterol anda.

Anda lebih berisiko tinggi menghadapi masalah ini sekiranya:

  • Menghidap diabetes
  • Gemuk
  • Mempunyai sindrom metabolik
  • Minum alkohol

Jika anda memiliki kesan sampingan ini, biasanya ia akan hilang apabila selesai menjalani rawatan dengan isotretinoin.

#2 Masalah sendi dan otot

Isotretinoin juga boleh menyebabkan sakit pada tulang, sendi, otot, dan ligamen anda. Ia juga dapat menghentikan pertumbuhan tulang panjang pada remaja, yang boleh memberi kesan kekal.

Sekiranya anda mempunyai gejala-gejala berikut, hubungi doktor dengan segera:

  • Mendapat sakit belakang
  • Terasa sakit pada sendi
  • Patah tulang

Sekiranya kemalangan berlaku dan anda patah tulang, pastikan unuk memberitahu pihak hospital atau klinik bahawa anda sedang mengambil pil isotretinoin.

#3 Tekanan pada otak

Ia amat jarang, namun isotretinoin dikatakan boleh menyebabkan peningkatan tekanan pada otak.

Perkara ini boleh menyebabkan kehilangan penglihatan secara kekal dan, dalam kes yang jarang berlaku, kematian.

Berhenti mengambil isotretinoin dan segera hubungi doktor jika anda mempunyai gejala-gejala berikut:

  • Sakit kepala yang teruk
  • Penglihatan kabur
  • Pening
  • Muntah-muntah

#4 Kerosakan organ

Tahukah anda, ubat ini berpotensi merosakkan organ dalaman anda? Organ tersebut merangkumi hati, pankreas, usus, dan esofagus (tiub yang menghubungkan mulut dan perut anda).

Tetapi, usah risau kerana kesan sampingan ini jarang berlaku. Namun, hentikan pengambilan isotretinoin dan hubungi doktor anda sekiranya mempunyai simptom-simptom berikut:

  • Sakit teruk di perut, dada, atau perut bawah
  • Masalah menelan atau sakit semasa menelan
  • Pedih ulu hati
  • Cirit-birit
  • Berlaku pendarahan dari rektum anda
  • Air kencing berwarna gelap

#5 Masalah pendengaran

Isotretinoin boleh menyebabkan masalah pendengaran yang serius dalam kes yang jarang berlaku.

Berhenti menggunakan ubat ini dan segera hubungi doktor jika pendengaran anda bertambah buruk kerana ia mampu membuatkan pekak secara kekal!

#6 Masalah penglihatan dan mata

Ubat ini juga dikatakan boleh menyebabkan masalah penglihatan seperti kabur, penglihatan berganda, dan penglihatan yang sempit.

Selain itu, isotretinoin boleh menyebabkan mata anda mengeluarkan lebih banyak air mata daripada biasa.

Sekiranya anda memakai kanta lekap, anda mungkin menghadapi masalah memakainya semasa mengambil ubat ini.

Semua masalah penglihatan dan mata ini jarang berlaku. Walaupun begitu, hentikan pengambilan isotretinoin dan hubungi doktor sekiranya anda mempunyai masalah dengan penglihatan, peningkatan jumlah air mata, atau mata yang kerap kering.

#7 Masalah kesihatan mental

Perkara ini juga sangat jarang berlaku, tetapi isotretinoin dikatakan boleh menyebabkan masalah kesihatan mental yang serius.

Ini termasuklah kemurungan, psikosis (kehilangan sentuhan dengan realiti), dan mempunyai pemikiran atau tindakan untuk membunuh diri.

Berhenti menggunakan isotretinoin dan hubungi doktor anda dengan segera sekiranya mempunyai gejala berikut:

  • Peningkatan perasaan sedih
  • Kehilangan minat dalam aktiviti yang anda gemari
  • Terlalu banyak tidur atau sukar tidur
  • Senang marah atau lebih agresif daripada biasa
  • Perubahan selera makan atau berat badan
  • Kekurangan tenaga
  • Mengasingkan diri daripada rakan atau keluarga
  • Masalah menumpukan perhatian
  • Perasaan tidak berharga atau rasa bersalah
  • Fikiran mencederakan diri sendiri atau meragut nyawa sendiri
  • Mengalami halusinasi (melihat atau mendengar perkara yang tidak nyata)

#8 Wanita hamil

Sekiranya anda seorang wanita yang hamil atau cuba hamil, anda harus mengelakkan daripada menggunakan pil jerawat isotretinoin walau seteruk mana pun masalah jerawat!

Ini kerana mengambil ubat ini semasa mengandung membawa risiko kecacatan kelahiran yang sangat tinggi.

Terutamanya jika ubat itu digunakan dalam jumlah yang banyak dan bahkan untuk jangka masa yang pendek.

Sekiranya anda hamil semasa dalam rawatan dengan isotretinoin, hentikan pengambilan pil jerawat tersebut dengan segera!

Pil Jerawat Isotretinoin boleh menyebabkan kecacatan kelahiran seperti:

  • Kelainan pada muka, mata, telinga, dan tengkorak
  • Masalah dengan sistem saraf pusat, sistem kardiovaskular, dan kelenjar timus dan paratiroid
  • Pengurangan IQ
  • Keguguran dan kelahiran pramatang

Sumber : hellodoktor.com

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

5 × 3 =