DIY Baiki Cermin Kereta Retak, Senang Rupanya Modal Pun Cuma RM10!

DIY Baiki Cermin Kereta Retak, Senang Rupanya Modal Pun Cuma RM10! | Biasa berlaku cermin depan kereta mengalami retak kecil mungkin akibat terkena batu ketika memandu.

Retak kecil saja takkan nak ganti baru kan. Kalau nak tukar modalnya besar tak padan pulak dengan kerosakannya.

Buat yang ada masalah ini boleh atasinya dengan baiki sendiri retak kecil ini. Caranya ditunjukkan oleh Berani Buat.

Bajet Repair Cermin Kereta Retak RM10

Dengan bajet RM10 cermin kereta yang retak ini boleh pulihkan cuma dengan beli produk Windshield Repair yang boleh dibeli di MR DIY atau pun di Shopee.

cermin kereta retak

BACA JUGA :: Cermin Kereta Pecah Akibat Tindakan Pemotong Rumput? Tenang, Ikuti Tip Ini

Caranya boleh rujuk pada video yang dikongsi Berani Buat:

Ringkasannya:

  1. Lap cermin kereta
  2. Letakkan alat atas cermin yang retak, ambil mini pam pusing untuk pastikan ia lekap kuat
  3. Letak gam pada corong yang disediakan untuk gam masuk dalam rekahan. Kemudian cabut alat tadi
  4. Anda akan dapati kesan retak pada cermin dan berkurang.
  5. Tuang baki gam pada bahagian cermin yang retak kemudian letak plastik yang disertakan. Lurut untuk buangkan gelembung.
  6. Jemur di tempat panas hingga kering.
  7. Cabut plastik lalu kikis gam menggunakan pisau yang diberi.
  8. Siap!

Jika anda suka dengan artikel baiki pulih cermin kereta retak ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

6 − 1 =