‘ Friends Dan Followers ’ Ramai Tak Janjikan Kebahagiaan Berbanding Rakan Rapat

Ramai pengguna media sosial gemarkan angka rakan atau followers yang meningkat naik sehingga berlumba-lumba untuk menambah angka tersebut antara satu sama lain.

Kini, ia seolah-olah satu pertandingan, siapa yang mempunyai bilangan pengikut atau rakan paling tinggi di media sosial, dia seolah-olah seorang yang amat terkenal dan digemari ramai.

Rakan rapat lebih baik walaupun sedikit dari followers

Bagaimanapun, kajian mendapati, kualiti rakan anda di media sosial kunci kepada kebahagiaan anda yang sebenar, dan bukannya terletak kepada bilangan yang ramai.

Sekumpulan penyelidik dari University of Leeds, United Kingdom menyatakan, individu yang memiliki hanya sedikit rakan sebenar sekurang-kurangnya sama gembira dengan individu yang mempunyai ramai rakan online di media sosial.

Menurut kajian tersebut, media sosial telah menggalakkan orang muda untuk mempunyai ramai rakan secara online, tetapi tidak terlalu rapat.

Menurut kajian ini lagi, daripada anda hanya menambahkan bilangan rakan yang tidak terlalu rapat secara online, adalah lebih baik untuk anda menghabiskan masa bersama rakan yang anda rapat.

Ia akan membantu anda mengurangkan rasa kesepian walaupun rakan online anda lebih ramai.

Berdasarkan tinjauan yang dilakukan oleh kumpulan penyelidik tersebut, bilangan rakan rapat yang dimiliki oleh seseorang adalah satu-satunya perkara yang mempengaruhi kepuasan seseorang individu itu dengan kehidupan sosial mereka.

Menurut salah seorang penyelidik, Dr. Bruine de Bruin, sekiranya kita berasa kesepian, adalah lebih baik untuk kita membuat perhubungan yang positif bersama rakan berbanding dengan hanya berkenalan dengan individu baharu yang lain.

Menurut kajian Dr. Bruine, individu yang lebih berusia cenderung untuk memiliki hubungan sosial yang lebih kecil berbanding orang muda.

Walaupun orang muda mempunyai hubungan sosial yang lebih besar, kebanyakan daripada mereka bukanlah rakan mereka yang sebenar dan ia tidak membantu memberikan kebahagian kepada seorang individu tersebut.

followers

Orang tua sebenarnya tidak kesepian

Menurut Dr. Bruine, terdapat satu pandangan negatif atau stereotaip berkenaan penuaan di mana ramai di antara kita yang cenderung beranggapan bahawa orang tua adalah kelompok yang menyedihkan dan kesepian.

Bagaimanapun, kajian menunjukkan bahawa hubungan sosial individu berusia yang lebih kecil ini tidak mengurangkan tahap kepuasan sosial dan kesejahteraan mereka.

Sebenarnya, individu yang berusia ini cenderung untuk memiliki tahap kesejahteraan hidup dan kebahagiaan yang lebih baik berbanding orang-orang muda.

Mungkin selepas ini, anda sepatutnya perlu lebih banyak menghabiskan masa bersama rakan sebenar anda berbanding hanya mengumpul rakan atau followers yang belum tentu anda kenal.

Sekurang-kurangnya, rakan anda di dunia nyata ini akan menghulurkan pertolongan kepada anda di saat anda kesusahan.

Belum tentu rakan atau followers di Facebook yang ramai akan memberi jaminan kepada anda bahawa mereka akan melakukan tindakan yang sama sepertimana rakan-rakan sebenar anda.

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

eighteen − 5 =