Nak Kekalkan Kesuburan Tanah & Kesegaran Tanaman? Boleh Cuba Petua Bunjut Misteri Ni!

Nak Kekalkan Kesuburan Tanah & Kesegaran Tanaman? Boleh Cuba Petua Bunjut Misteri Ni! | Ada di antara kita gemar menanam pokok-pokok sebagai hobi. Tidak kira lah pokok bunga atau pokok yang lain.

Pasti sedih jika anak pokok yang kita tanam tidak dapat hidup dengan segar. Jika letak baja tahi ayam sudah pasti kurang enak baunya.

Lagi pula kita hidup berjiran, sudah pasti bau tahi ayam itu tidak menyenangkan jiran dan akan mendapat complain dari jiran sebelah rumah. Lain lah kalau kita duduk kampung. Sebab itulah kita perlu tahu cara yang betul penggunaan tahi ayam ini.

Perkongsian Enkay Nik Mustaffa ini mampu membantu sesiapa yang ingin kekalkan kesuburan tanah dan minat menanam pokok untuk mendapatkan pokok yang tumbuh dengan segar.

kesuburan tanah

Bunjut Misteri Bantu Kekalkan Kesuburan Tanah

Ada beberapa rakan dalam group bertanyakan tentang bunjut misteri di dalam bakul pegaga saya. Kebanyakannya bertanya:

  • Sebesar mana bunjut itu?
  • Kenapa tahi ayam?

Saya bentukkan bunjut sebesar penumbuk tahi ayam semata mata, bekalan sebulan hingga dua bulan. Genap waktu, saya akan rungkai dan gaul bersama tanah. Saya lihat kesan yang positif untuk setiap pokok.

Penggunaan bunjut ni menjimatkan, kerana baja kekal di dalam pasu, berdekatan pokok. Mak pesan “Pokok ni mcm kita la jugak..bangun pagi pagi, breakfast utk mulakan hari”. Kena cukup air, cahaya, baja subur untuk kekalkan kesuburan tanah.

Saya beralih kepada baja tahi Ayam kerana kaya dengan kandungan NITROGEN dan Posforan (P) dan Kalsium (K). Baja ini merupakan baja jenis “SLOW RELEASE” iaitu tahap pengambilan nutrient lambat dalam tanah dimana ada dakwaan ia mampu memberikan nutrien kepada tanaman sehingga 6 bulan.

Sifat struktur baja ini bersifat menggemburkan tanah, memberikan kelembaban tanah, mengekalkan kesuburan tanah, memperbaiki pH tanah,memperbaiki tekstur tanah dan sebagainya.

Dulu saya pernah guna baja AB, kesan baja memang WOW namun peralatan saya terhad. Saya tak ada EC meter, kadang kala bancuhan lebih KAW, kesannya pokok saya lecur. Selain baja tahi ayam, saya komposkan sisa dapur sebagai baja bokashi. Ada fail yang saya post tentang cara buat bokashi dengan sisa dapur. Saya suka..tapi baja ni terhad, bila saya jarang ke dapur, bekalan baja kurang.

Jadi, saya guna baja tahi ayam proses. Bukan apa, supaya kehidupan berjiran lebih tenteram. Kalau anda berada di kawasan kampung, mungkin boleh guna baja tahi ayam tidak terproses. Namun awas, khuatir masalah kebanjiran lalat. Mungkin boleh dibakar dulu untuk membunuh mikroorganisma jahat.

Saya bukan “pakar”, belajar dari pemerhatian, learning by doing. Saya gunakan untuk semua pokok termasuk orkid, tin, limau kasturi, bidara dan semua pokok di dalam pasu. Namun untuk pokok sayur yang ditanam di atas batas, lebih baik di gaul bersama tanah, atau dibuat poket (korek sikit tanah berhampiran akar pokok, masukkan baja, timbus semula).
Sekian

Selamat membaja, selamat berkebun, selamat bergembira.

Sumber- Enkay Nik Mustaffa

Jika anda suka dengan artikel cara kekalkan kesuburan tanah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

1 − one =