Nak Elak Traffic Jam Di Bulan Ramadan? Pengguna Waze Wajib Cuba 4 Tips Ni

Setahun sekali ia tiba, Bulan yang suci ini hadir dalam hidup kita. Pasti akan berlaku kesesakan lalu lintas dan mereka yang memandu pasti akan tertekan, penat dan berasa marah.

Oleh itu, jangan biarkan kesesakan trafik ini menguji kesabaran korang. Sama-sama kita elak kesesakan trafik ini bersama-sama dengan Waze.

Pihak Waze telah pun menyediakan 4 tips yang sangat berguna untuk korang yang memandu sepanjang bulan Ramadan ini.

#1 Elakkan PM Rush (Perjalanan Pada Waktu Petang)

rancang perjalanan dengan waze, cara guna waze, database waze, guna waze elak traffik jam, cara elak traffik jam

Menurut Waze, data lalu lintas tahun lepas di Malaysia adalah sesak bermula daripada jam 4 sehingga 7 petang. berbanding bulan-bulan lain yang hanya mengalami masalah ini pada 5 petang hingga 9 malam.

Waze mengesyorkan korang semua untuk pulang berbuka awal sebelum kesesakan lalu lintas 4 sehingga 7 petang bermula.

#2 Biar Lambat Asal Selamat!

rancang perjalanan dengan waze, cara guna waze, database waze, guna waze elak traffik jam, cara elak traffik jam

Walaupun memandu di lebuhraya memudahkan perjalanan korang, para pemandu dinasihatkan berhati-hati. Pihak Waze mendapati beberapa kawasan Lebuhraya NKVE, Jalan Kuching dan Lebuhraya Salak kerap berlakunya kemalangan.

Oleh itu, gunakan aplikasi Waze bagi memeriksa laluan hadapan anda jika ada kemalangan berlaku dan pilih laluan lain bagi mengelak kesesakan lalu lintas.

#3 Laporkan Isu-Isu Jalan Raya Kepada Waze

rancang perjalanan dengan waze, cara guna waze, database waze, guna waze elak traffik jam, cara elak traffik jam

Dalam aplikasi Waze terdapat satu ciri yang akan memudahkan korang dan juga rakan-rakan Waze lain. Ciri ini adalah untuk melaporkan masalah-masalah yang berlaku di jalan raya.

Oleh itu, jika korang ternampak lubang besar, kereta tersadai ataupun sebarang kemalangan laporkan kepada Waze. Ikuti rajah di bawah untuk membuat laporan.

#4 Plan Perjalanan Pada Hari Jumaat!

rancang perjalanan dengan waze, cara guna waze, database waze, guna waze elak traffik jam, cara elak traffik jam

Waze turut memerhatikan keadaan lalu lintas mengalami perubahan pada hari Jumaat. Ramai yang akan memandu pada hari Jumaat, lebih-lebih lagi bagi lelaki yang menuju ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat.

Waze menasihatkan korang semua, semak keadaan lalu lintas melalui aplikasi Waze sebelum memulakan perjalanan pulang dari tempat kerja ke tempat tinggal.

Bulan Ramadan adalah bulan untuk kita beribadat secara rohani, di samping menjalankan ibadah puasa untuk sepanjang bulan. Lebih penting, bulan Ramadan juga merupakan salah satu bulan yang paling sibuk di atas jalan raya.

Jadi alangkah baiknya jika korang semua dapat mengikuti tips ini dan sama-sama memberi manfaat kepada diri dan orang lain. Ingat, jika korang tersangkut dalam kesesakan trafik korang harus bersabar dan jangan maki hamun atau mulakan kecoh. Sabarkan separuh dari iman. Sama-sama kita amalkan. okay?

Dengan perkongsian data menggunakan Waze, sekarang mereka boleh menyenaraikan hot spot kemalangan supaya kita lebih berhati-hati:

SUMBER

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. TQ

Komen Anda...

Add Comment