Wanita 40-An Nak Kulit Kembali Gebu Dan Licin, Guna 3 Bahan Ini Saja. Cukup Mudah

Bukan sekadar golongan muda, bahkan wanita berusia juga boleh bergaya. Usia tidak menghalang seseorang untuk tampil menarik dan cantik asal kena pada caranya.

Untuk anda yang mengalami masalah bintik hitam, cuba petua yang diamalkan oleh seorang wanita berusia 43 tahun ini. Dia hanya menyapu campuran tiga jenis bahan semula jadi selama beberapa minggu dan wajahnya kembali mulus, gebu dan cerah berseri.

Rahsianya mudah sahaja, dengan campuran halia segar, cuka dan madu, wajah serta masalah bintik hitam yang ada akan hilang dalam masa beberapa hari sahaja.

licinkan wajah, petua hilangkan pigmentation, petua gunakan wajah, petua bersihkan jeragat, petua licinkan muka, petua gebukan muka

Bahan-bahan:

  • Halia segar dipotong nipis
  • Sedikit cuka
  • Sedikit madu

Caranya:
1) Cuci halia hingga bersih. Masukkan dalam satu balang, tuangkan cuka dan tutup rapat balang tersebut.
2) Simpan balang tersebut ke dalam peti sejuk selama satu hari.
3) Kemudian, keluarkan dari peti sejuk dan masukkan madu secukupnya dan gaul hingga ia sebati. Tunggu 30 minit.
3) Ambil potongan halia itu dan usap pada bahagian wajah yang berbintik hitam. Biar selama beberapa minit dan bilas dengan air suam panas.

Inilah masker campuran halia, cuka dan madu semula jadi yang patut dicuba. Hasilnya dapat membantu kulit menjadi putih, gebu, cerah dan mulus tau. Jika mempunyai kulit muka yang sensitif, disarankan mendapat rujukan doktor terlebih dahulu.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. TQ

Komen Anda...

Add Comment