DIY Kaunter Bar Serbaguna Untuk Dapur Hanya Guna Plywood Mudah Jer!

DIY Kaunter Bar Serbaguna Untuk Dapur Hanya Guna Plywood Mudah Jer! | Selain kabinet dapur, adanya kaunter bar memang memudahkan kita untuk buat kerja dapur terutama untuk persiapan memasak.

Boleh saja nak upah kontraktor untuk buat tapi kaunter bar ini juga boleh kalau nak buat sendiri terutama kalau saiznya kecil saja. Tak berbaloi pula nak upah kontraktor.

Kalau nak lagi jimat boleh buat counter bar daripada plywood seperti dilakukan oleh Syahrum Shukri ini. Elok dan kemas saja! Jika nak buat boleh ikut step by step yang dikongsi beliau.

Projek DIY Kaunter Bar

Nak berkongsi projek DIY saya iaitu buat bar counter baru bagi menggantikan counter lama yang dah reput. Asalnya ingat nak order dengan company buat kitchen cabinet sebelum ini tapi sebab projek kecil je dan kewangan tak berapa cukup jadi cuba buat sendiri.

Counter top solid wood dan laminated board putih beli di Lazada. Kayu selebihnya beli kat hardware. Design sendiri ala kg. Janji berfungsi dan kukuh. insyaAllah.

BACA JUGA: Lihat Hasil DIY Ruang Simpan Tambahan Pada Pintu Kabinet Dapur, Guna Barang RM2.10 Jer!

1. Bar counter yang lama. Dah reput sebab bukan solid wood. Kena air lama-lama reput. Pakai dah masuk 2 tahun.

Kaunter Bar

2. Rangka buat daripada kayu. Beli di hardware.

Kaunter Bar

3. Plywood beli di hardware untuk cover bahagian bawah counter top. Plywood nipis, 3mm.

4. Separuh siap. Tunggu cat bahagian depan dan sapu wood coating untuk counter top.

5. Selepas cat bahagian plywood.

6. Apply wood coating untuk naikkan seri kayu.

7. Apply wood coating jenis clear untuk naikkan seri dan supaya tahan lama.

8. Setelah apply keseluruhan permukaan dengan wood coating. Dah nampak kemas.

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

twelve − 10 =