Nak Dapatkan Perut Kempis, 5 Jenis Buah Dan Sayuran Ini Boleh Membantu Anda Capai Impian!

Nak Dapatkan Perut Kempis, 5 Jenis Buah Dan Sayuran Ini Boleh Membantu Anda Capai Impian! | Dalam banyak-banyak lemak yang segar membesar dan ‘tumbuh’ di badan kita, ada satu kawasan yang sering jadi perhatian. Ya, di bahagian perut! Kadangkala ada orang yang fizikalnya kurus tetapi lemak yang berkumpul di perut cukup membukit sekali.

Lemak di bahagian perut juga merupakan sejenis lemak yang boleh datangkan mudarat kepada tubuh dan agak sukar untuk dihilangkan tanpa usaha keras senaman dan amalan pemakanan yang sihat serta seimbang.

Terdapat beberapa jenis sayuran dan buah-buahan yang dipercayai mampu sedikit sebanyak membantu untuk korang menghilangkan lemak di bahagian perut. Ia juga sangat mudah untuk didapati.

Nak tahu buah dan sayur yang boleh bantu perut kempis? Jom sama-sama kita tengok.

Avokado

perut kempisIni antara buah yang sangat popular di kalangan pengamal makanan sihat di negara-negara barat terutama di kalangan selebriti Hollywood. Avokado mengandungi asid amino yang dapat membantu untuk mengawal berat badan dan bantu perut kempis. Ia juga padat dengan nutrisi dan boleh membakar lemak dengan mudah. Ia juga memiliki sifat anti penuaan dan antibakteria semulajadi.

Tembikai

Buah tembikai dianggap antara buah yang sangat basic terutama buat kita rakyat Malaysia. Malah, di kenduri kahwin pun ia sering dihidangkan sebagai salah satu juadah pencuci mulut. Terdiri daripada 91% air, tembikai hanya ada 30 kalori dalam 100 gram buahnya. Oleh itu, ia menjadi buah yang sangat ideal untuk mengurangkan lemak di bahagian perut. Ia juga kaya dengan vitamin B1, B6 dan C, selain kandungan kalim dan magnesium.

Timun

perut kempis

BACA JUGA: 4 Makanan Yang Wajib Dihindari Agar Perut Kempis

Juga mengandungi kandungan air yang tinggi, timun boleh membantu kita untuk tetap terhidrasi dan membersihkan tubuh daripada toksin. Timun biasanya menjadi makanan pelengkap di dalam pelbagai jenis juadah ini kaya dengan vitamin, mineral dan hanya memiliki 45 kalori. Tambahan lagi, ia juga kaya dengan vitamin B & C!

Epal

Buah yang selalu diperkatakan untuk fungsinya sebagai antioksida. Kaya dengan vitamin C, ia juga sarat dengan serat makanan yang boleh membantu mengawal berat badan dan lemak perut. Jika dimakan ia boleh membuatkan kita berasa kenyang dengan lebih cepat berbanding makanan lain.

Tomato

Tomato juga dianggap salah satu sayuran pelengkap di dalam pelbagai jenis juada. Sangat kaya dengan vitamin A dan C ia juga sarat dengan sumber zat besi dan potassium. Selain itu, ia juga kaya dengan lycopene yang baik untuk kulit. Kandungan-kandungan ini juga dipercayai boleh membantu untuk mengurangkan lemak di bahagian perut membantu proses perut kempis!

BACA JUGA: Esoklah Diet, Inilah 7 Golongan Body Masih Sama Saiz Lagi Tak Kurus-Kuruspun!

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

nineteen − 1 =