Dapat Markah 99% Dalam Sejarah, Gadis Ini Kongsi Tip Belajar Yang Sangat Berguna & Mudah!

Kebanyakan daripada pelajar yang sedang menuntut di peringkat Sekolah Menengah pastinya akan ‘menggeruni’ matapelajaran Sejarah. Bagi rata-rata pelajar, matapelajaran Sejarah seolah-olah memerlukan mereka untuk menghafal keseluruhan buku bagi memudahkan mereka ketika menjawab soalan di dalam peperiksaan nanti.

Sudah pasti, perkara itu agak sukar untuk dilakukan oleh mereka lebih-lebih lagi jika tidak mempunyai kemahiran menghafal dan mengingati dengan baik.

Selain itu, antara tips yang sering digunakan oleh kebanyakan pelajar untuk score di dalam matapelajaran tersebut adalah dengan mengingati tarikh-tarikh penting, nama-nama tokoh yang terlibat dan pelbagai lagi.

sejarah

Tip Untuk Pelajar Score Sejarah

Namun tanpa disedari, sebenarnya terdapat kaedah atau tips lain yang boleh digunakan para pelajar bagi memudahkan mereka untuk mendapatkan score yang tinggi dalam matapelajaran tersebut.

Seperti sebuah perkongsian yang dibuat seorang gadis di laman Twitter miliknya, dia menceritakan semula kaedah yang digunakan olehnya sehingga berjaya memperoleh markah 99% dalam matapelajaran Sejarah.

Menurut pengguna Twitter yang menggunakan nama @aintheorchid ini, dia berkata adalah penting bagi setiap calon yang bakal mengambil matapelajaran itu untuk membuat semula latihan daripada soalan-soalan peperiksaan tahun sebelumnya.

Sejak ia dikongsikan, tips gadis ini telah berjaya mendapat hampir 10 ribu RTs dan lebih 17 ribu tanda suka.

Baca perkongsian penuh gadis ini di bawah:

Katanya, untuk menjawab soalan KBAT, ia adalah penting untuk menyertakan sekali huraian di dalam jawapan:

Namun begitu ujar gadis ini, dia mengakui bahawa matapelajaran Sejarah ini sukar berbanding yang lain:

Untuk calon yang bakal mengambil matapelajaran Sejarah, bolehlah gunakan tips ini supaya kaedah pembelajaran dan penghafalan lebih mudah dan berkesan.

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

four × five =