Anak Tak Fokus Semasa Belajar? Ini Cara Kenal Pasti Keupayaan Anak Memberi Tumpuan.

Anak Tak Fokus Semasa Belajar? Ini Cara Kenal Pasti Keupayaan Anak Memberi Tumpuan. | Sebelum mendidik anak, ibu bapa terlebih dulu perlu memastikan tahap kemampuan anak agar tidak tertekan ketika mengajar mereka.

Ini kerana tiada gunanya ibu bapa marah-marah pada anak yang tidak memahami atau anak tidak fokus pada arahan. Dalam keadaan stress seperti itu hanya akan membuatkan anak takut untuk dididik ibu bapanya.

Oleh yang demikian, ibu bapa perlu cuba memahami atau mengenal pasti tahap kemampuan anak masing-masing agar dapat memberikan cara didikan yang bersesuaian bagi meningkatkan tahap fokusnya pada sesuatu pembelajaran itu. Semoga bermanfaat!

OKEY ibu-ibu sekalian, seperti yang dijanjikan saya akan memberi penjelasan berkaitan antara hasil kerja anak-anak dengan keupayaan mereka memberi fokus ketika belajar.

Diharap dengan ujikaji ini ibu bapa akan memahami mengapa anak tidak fokus dan ada anak yang boleh memberi fokus.

Lakukan Ujikaji Ini Jika Anak Tak Fokus Semasa Belajar

Langkahnya, ambil sehelai kertas A4, lukiskan satu bulatan sederhana besar di tengah, kemudian beri arahan untuk anak warnakan bulatan tersebut. Hanya arahan “warnakan bulatan itu”. Ini untuk anak berusia tiga hingga enam tahun ye.

Sila ambil maklum ya ibu bapa semua. Fokus adalah kemahiran bila anak tidak fokus mereka boleh belajar dan mengasah kemahiran ini. Bila sebut tentang kemahiran ini, anak boleh belajar melalui aktiviti-aktiviti semudah menuang air dari bekas ke bekas, bermain penyepit baju dan lain-lain.

Yang penting kita dapat tahu keupayaan dan tahap fokus anak. Jangan membandingkan antara satu sama lain.

anak tak fokus

1. MENCONTENG DAN TIDAK MENGIKUT ARAHAN
Jika anak tidak mewarnakan bulatan tersebut, sebaliknya hanya menconteng keseluruhan kertas, ini bermakna dia belum mampu mencipta fokus ketika proses pembelajaran dijalankan ke atasnya.

2. MEWARNA SATU BAHAGIAN SAHAJA DARIPADA KESELURUHAN BULATAN
Bermakna anak hanya mampu fokus pada satu-satu perkara yang disukainya sahaja. Dalam erti kata lain, anak hanya memberi fokus jika kita mengajar perkara yang diminatinya. Anak tidak fokus kepada sesuatu yang tidak diminatinya.

3. MEWARNA SELURUH BAHAGIAN TETAPI BANYAK YANG MELEPASI GARISAN BULATAN (TERKELUAR)
Bermakna anak sudah memberi fokus semasa belajar tetapi tidak konsisten. Kadangkala sangat fokus, namun ada masanya tidak menunjukkan minat langsung ketika belajar dan anak tidak fokus kerana tidak berminat.

BACA JUGA :: Dapat Markah 99% Dalam Sejarah, Gadis Ini Kongsi Tip Belajar Yang Sangat Berguna & Mudah!

4. MEWARNAKAN BULATAN TERSEBUT SEPENUHNYA DAN TIDAK MELEPASI GARISAN
Tidak perlu mengambil kira faktor kekemasan dan kecantikan warn. Apabila anak berjaya mewarnakan keseluruhan bulatan tanpa melepasi garisan, bermakna anak mampu mencipta fokus dengan baik ketika proses pembelajaran dilakukan ke atasnya.

Jadikan ini sebagai penanda aras untuk mengenalpasti kemampuan fokus anak-anak. Mereka perlu difahami, barulah mudah untuk beri kefahaman kepada mereka.

Fokus adalah kemahiran yang boleh di pelajari dan dipertingkatkan dari masa ke masa. Perlu lebih kreatif untuk anak yang tidak fokus menjadi lebih fokus. Pelbagaikan aktiviti untuk meningkatkan daya fokus mereka.

Sumber: Puan.Ainizal Abdul Latif, Azila Ghani

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

three × 4 =