Bagaimana Cara Mengenal Pasti Emas 916, 999 Dan 750 Bagi Penggemar Emas

Bagaimana Cara Mengenal Pasti Emas 916, 999 Dan 750 Bagi Penggemar Emas | Minat dengan emas? Emas putih atau emas kuning? Macam mana nak bezakan mutu emas tersebut? Sebelum itu, kita ambil info tentang emas putih dan platinum dulu.

Emas putih atau emas platinum ada dua mutu, satu 750 dan satu lagi 375 (suasa). Sebab itu harga dia bila nak jual balik murah sebab ikut mutu emas dia, lebih baik beli emas 916 perhiasan.

Emas putih (750/ 375) tidak boleh bercampur dengan emas 916 kerana mutu emas dia, jadi tidak ada susut nilai jika terdapat saduran chrome di atas emas (dalam bahasa mudah cuma diwarnakan sahaja).

emas 916

Paling penting bila nak beli emas kena tahu ketulenan emas tersebut, 916 (22k), 835 (20k),750 (18k), 375 (9k).

Sebagaimana yang anda sedia tahu terdapat pelbagai jenis emas yang popular di Malaysia.

Tapi emas yang paling popular untuk dijadikan sebagai emas perhiasan ialah emas 916 atau 22K. Kalau untuk pelaburan seperti jongkong dan dinar emas, emas berkualiti seperti emas 999/ emas 10 atau juga dikenali sebagai emas 24K lebih bersesuaian.

**K (KARAT) ialah mutu kategori emas dan peratus kandungan emas dalam sesuatu jenis emas.

( 24K / 24K ) x 100 = 100 %
( 22K / 24K ) x 100 = 91.6 %
( 18K / 24 K ) x 100 = 75 %

Agak-agak korang kenapa emas ini berbeza jenisnya?

Sebenarnya perbezaan jenis emas ini bergantung kepada kualiti emas iaitu kandungan emas. Adakah kandungan emas tue tulen 100% tanpa campuran ataupun kandungan emas bercampur dengan bahan-bahan lain.

Kenapa emas perlu dicampur dengan bahan lain? Sebab harga emas lagi murah? hehe..

Sebenarnya sifat asas emas tulen ialah lembut, jadi emas ini akan dicampur bahan lain seperti tembaga, besi, aluminium dan sebagainya untuk mengukuhkan lagi bentuknya supaya lebih tahan lasak.

Sekiranya nak letakkan batu permata, mengukir bentuk emas ia memang memerlukan bahan lain untuk kukuhkan bentuk dan kualiti emas perhiasan.

Antara jenis-jenis emas dan kualiti emas;

EMAS 999

  • Kalau emas 999 ianya adalah emas tulen maknanya emas ni tanpa campuran kandungan lain.
  • 99.9% adalah pure emas
  • Dikenali sebagai emas 24K (emas 24 karat).
  • Kalau orang tua suka panggil emas 10
  • Kebanyakkan dalam bentuk emas jongkong (gold bar)
  • Harga lebih mahal berbanding kualiti emas yang lain
  • Kualiti emas yang terbaik untuk simpanan dan juga pelaburan

EMAS 916

  • Mempunyai kandungan emas 91.6%
  • Mempunyai 8.4% adalah dari campuran kandungan lain seperti besi, tembaga, aluminium dan sebagainya.
  • Dikenali juga sebagai emas 22K
  • Emas 916 paling popular dikalangan peminat emas di Malaysia

EMAS 950

  • Mempunyai kandungan emas 95.0%
  • Mempunyai 5.0% campuran kandungan lain seperti besi, aluminium dan sebagainya.
  • Dikenali emas 23 karat atau 23K

EMAS 850

  • Mempunyai kandungan 83.5% emas
  • Mempunyai 16.5% campuran kandungan lain iaitu besi, tembaga, aluminium dan sebagainya.
  • Amat popular dikalangan peminat emas di Kelantan

EMAS 750

  • Mempunyai kandungan 75.0% emas
  • Mempunyai 25% ialah campuran kandungan lain iaitu besi, tembaga, aluminium dan sebagainya.
  • Dikenali juga sebagai paun atau emas 18 karat (18K)
  • Kurang popular dikalangan pembeli emas kerana mutu emas rendah
  • Paling penting bila nak beli emas kena tahu ketulenan emas tersebut.., 916 (22k), 835 (20k),750 (18k), 375 (9k)..

Warna apa pun tak kisah, tak menjadi masalah, kuning ke, putih ke, merah ke hitam ke.., yang penting ketulenan emas itu.

Kalau siapa-siapa beli emas ada chrome putih dalam masa 3 tahun saja bertahan lepas tu chorme itu akan hilang dan terus jadi kuning, harga sama je. tak ada beza pun.

Sekarang ni, ramai yang ingat asalkan kuning aje emas 916, itu tak semestinya ya..

Sedikit ilmu tentang Emas putih atau Chrome.

Ada yang pergi kedai emas, tunjuk gelang, ada chrome putih. Tauke kedai cakap ini tak laku, kita ambil murah-murah je, kalau jual tempat lain, orang tak ambil dah.

Sepatutnye emas yang ada calit putih itu sama juga harganya. Melainkan kalau ada batu/ permata baru asingkan. Timbang emas sahaja. Yang calit-calit putih itu sebenarnya chrome. Bukan emas putih. Chrome adalah saduran cat ke atas emas.

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

3 × 5 =