Resepi Keropok Lekor Guna 3 Bahan Je. Mudah Nak Buat Rupanya

Resepi Keropok Lekor Guna 3 Bahan Je. Mudah Nak Buat Rupanya | Keropok lekor adalah snek kegemaran rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan usia. Berbeza dengan keropok biasa, keropok lekor mempunyai sedikit isi ala-ala fish stick.Luarannya yang rangup dan dalamannya lembut menjadikan keropok lekor begitu enak dinikmati.

Sebenarnya, mungkin ramai tak tahu bahawa cara membuat keropok lekor ini tidak begitu sukar. Percaya atau tidak, anda boleh cuba menghasilkannya sendiri di rumah hanya dengan 3 bahan utama saja – seperti resepi yang dikongsikan oleh Puan Eyna ini. Nak tahu caranya? Jom ikuti perkongsian beliau di bawah ini selengkapnya.

RESEPI KEROPOK LEKOR 3 BAHAN, SEDAP & MUDAH

Keropok lekor homemade ini saya buat untuk hidangan makan petang. Memang mudah, cepat, dan sangat sedap. Hanya perlu 3 bahan dan anda tak perlu bersusah payah membelinya di kedai lagi.

BAHAN-BAHAN

  • 10 ekor ikan kembung / selayang
  • 2 cawan setengah tepung ubi
  • 1 cawan tepung gandum
  • *Garam & Ajinomoto secukup rasa

CARA-CARA

Dah ada 3 bahan di atas? Mari tengok cara membuatnya pula. Simple saja.

1. Pertama sekali, kisar isi ikan mentah-mentah guna blender. Tak perlu rebus ya. Masukkan sekali sedikit garam, ajinomoto, dan air sejuk. Kisar sampai sebati.

2. Seterusnya, pindahkan bahan yang telah dikisar ke dalam satu bekas besar. Kemudian, masukkan pula 1 cawan tepung gandum dan 2 cawan setengah tepung ubi.

3. Gaulkan bahan kisar dengan tepung dan uli hingga ia menjadi doh. Bila dah jadi doh, bentukkan jadi panjang-panjang macam keropok lekor mentah yang biasa kita tengok di kedai tu.Resepi Keropok Lekor

Resepi Keropok Lekor

4. Langkah seterusnya, rebuskan keropok lekor yang telah dibentuk tadi dalam air yang dipanaskan. Kalau dah masak, nanti keropok lekor akan timbul. Dah bolehlah angkat dan toskan.

Resepi Keropok Lekor

5. Sejukkan sekejap dan potongkan kecil-kecil ikut citarasa masing-masing. Ada yang suka nipis, ada yang suka tebal. Terpulanglah ya.

Resepi Keropok Lekor

6.Panaskan minyak dan goreng seperti biasa. Inilah hasilnya. Rangup di luar, lembut di dalam. Sedap tau.

Resepi Keropok Lekor

WAH, SIMPLE SANGAT RUPANYA!

Dah siap dah resepi keropok lekor 3 bahan. Mudah saja, bukan? Bahan-bahan pun tak susah nak cari. Dengan perkongsian resepi keropok lekor ini, mudah-mudahan lebih ramai yang dapat membuatnya sendiri di rumah. Mana tahu, mungkin ada yang dapat jana pendapatan tambahan sekaligus.Selamat mencuba!

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

7 + 19 =