Inilah Cara Buat Tosai Di Rumah Yang Sedap & Puas Makan

Inilah Cara Buat Tosai Di Rumah Yang Sedap & Puas Makan | Kadang-kadang bila ke kedai mamak, mulut rasa teringin nak makan tosai tapi ada juga rasa enggan sebab ragu-ragu akan kebersihan makanan dan sebagainya.

Jadi kalau dah teringin sangat nak makan tosai buatan sendiri boleh follow resipi yang dikongsi oleh Rozel Kitchen ini . Boleh makan puas-puas tanpa rasa ragu-ragu. Adunan yang lebih boleh disimpan di dalam bekas kaca bertutup dan disimpan di dalam peti sejuk. Bertahan sehingga 3-4 hari.

Bahan-bahan tosai (dikisar bersama) :

  • 2 mangkuk beras – rendam 8 jam
  • 1 mangkuk kacang dhal
  • 1 kepal nasi sejuk
  • Sedikit biji halba,jintan putih dan biji sawi
  • sedikit air
  • sedikit garam

BACA JUGA :: Resipi Roti Canai Sarang Burung Guna Paratha Segera, Mudah Dan Sedap!

Cara-caranya :

  • Beras dan kacang dhal direndam selama empat jam bersama biji halba,jintan putih dan biji sawi.

  • Kemudian dikisar sampai hancur.Masukkan nasi sejuk dalam satu genggam.Tambah air sikit kalau adunan pekat ye… diperam selama 8 jam dalam suhu bilik.

  • Kemudian, panaskan non-stick pan, griskan dengan minyak bawang
  • Seterusnya leperkan adunan tadi di atas pan.(seperti membuat lempeng) Api slow je tau.

  • Masak sehingga garing atau ikutlah tesktur yang macam mana berkenan di hati.

Siap boleh di lipat dua dan hidang bersama chutney kelapa atau kari dhal.

Tip:
Adunan yang lebih boleh disimpan di dalam bekas kaca bertutup dan disimpan di dalam peti sejuk.Bertahan sehingga 3-4 hari.Lagi lama lagi sedap kerana proses perapan tu akan menjadikan tosai ada rasa sedikit masam. Itu yg sedap!! Tak perlu lagi pergi kedai mamak kalau teringin nak makan tosai.

Kredit foto & resipi: Rozel Kitchen

BACA JUGA :: Kecahnya Anak Makan Nasi, Buat Grilled Rice Stick Mudah Anak Nak Pegang

You might also like

Leave A Reply

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Your email address will not be published.