Resipi Roti Canai Sarang Burung Guna Paratha Segera, Mudah Dan Sedap!

Resipi Roti Canai Sarang Burung Guna Paratha Segera, Mudah Dan Sedap! | Bagi peminat roti canai, mesti korang geram bila melihat ‘roti canai sarang burung’ yang telah viral baru-baru ini.

Roti canai yang ditengahnya diletakkan dua biji telur separuh masak, dihidangkan secara panas buat sarapan pagi memang betul-betul membuka selera.

Tak perlu beli di kedai, sebenarnya roti sarang burung ini boleh dilakukan sendiri di rumah menggunakan paratha segera sahaja. Lebih mudah kan?

Jom kita lihat bagaimana cara-cara membuat roti canai sarang burung guna paratha segera melalui resipi yang dikongsi oleh Mori Said Kitchen ini.

Bahan-bahan Resipi Roti Canai Sarang Burung Guna Paratha Segera::

  • Roti paratha segera
  • Mentega
  • Dua biji telur
  • Serbuk lada hitam
  • Garam

Cara menyediakan:

1. Kerat roti paratha pada bahagian tengah seperti dalam video

BACA JUGA :: Resepi Roti Nan Gebu Mudah Sangat Tak Banyak Bahan, Bubuh Cheese Lagi Sedap!

2. Lipatkan potongan di bahagian tepi roti paratha

3. Gorengkan paratha diatas kuali

4. Selepas paratha sedikit garing, masukkan dua biji telur ditengah-tengah roti

resipi roti canai sarang burung

5. Kemudian, letak sedikit serbuk lada hitam dan garam. Siap untuk dihidang!

resipi roti canai sarang burung

Roti canai sarang burung ini sedap dimakan begitu sahaja tanpa perlu kuah kari atau dal. Tak percaya? Try la buat. Hiks!

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

4 × four =