Cara Buat Air Asam Yang Sedap, Sampai Ketagih Nak Cicah Hari-Hari!

Cara Buat Air Asam Yang Sedap, Sampai Ketagih Nak Cicah Hari-Hari! | Selain sambal, air asam ini juga antara yang boleh kita buat stok simpan dalam peti ais. Senang kalau nak makan ikan, daging atau ayam bakar. Ceduk saja.

Air asam ini juga ada macam-macam versi tapi kalau nak yang sedap dan boleh buat kita ketagih nak makan hari-hari boleh guna resipi buat air asam dari Afy AL Habibi ini.

Air asam ketagih, cicah dengan ikan, ayam daging semua ngam

Kenapa saya letak namanya ketagih? Sebab boleh buat kita rasa nak makan hari-hari. Rasanya memang sedap gila. Sebenarnya versi ini saya buat untuk diet. Nak cicah dengan ikan bakar ke, daging atau ayam bakar semua ngam. Ikuti resepi di bawah okay.

Bahan-bahan buat air asam:

  • 2 biji bawang merah
  • 1 biji bawang besar Holland
  • 1 biji tomato
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 inci belacan
  • Belah dua bahan di atas kecuali belacan. Bakar atas pan non stick.

Bahan tambahan untuk buat asam asam lebih sedap!:

  • 1 biji lemon – ambil jusnya, asingkan biji ambil sekali sari buah.
  • 3 tangkai cili padi hijau
  • 3 tangkai cili padi merah

Cara buat air asam:

Masukkan semua bahan yang siap dibakar dan bahan tambahan dalam pengisar. Tambahkan sekali 1 1/2 gelas air asam jawa (segenggam besar asam jawa dan 1 1/2 gelas air) atau ikut kepekatan yang diingini.

Masukkan juga 1 sudu besar garam bukit dan 1/2 sudu besar gula perang. Kemudian kisar selumatnya. Selepas dikisar, masukkan stok air asam ke dalam bekas kedap udara. Simpan dalam peti.

buat air asam

Cara hidangan untuk kesegaran berpanjangan

  • Ambil beberapa sudu besar stok air asam. Masukkan dalam mangkuk.Tambahkan potongan bawang merah, tomato dan cili padi. Sedia dihidangkan.
  • Untuk kelainan rasa air asam versi Thai, boleh juga masukkan hirisan daun ketumbar dan bunga kantan.
  • Jika ingin tambahkan sekali hirisan lemon, pastikan makan terus. Tak boleh biar lama sebab pahit kulit lemon akan merosakkan rasa air asam.

buat air asam

Selamat mencuba

BACA JUGA :: Wanita Ini Kongsi Cara Mudah Buat Sos Pencicah Thai, Sangat Mudah dan Senang Rupanya

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

three × 4 =