Cara Betul Drill Jubin/Mozek Supaya Tidak Pecah Dan Rosakkan Dinding Rumah

Banyak dinding dapur kediaman yang menggunakan tiles ataupun jubin. Memang mudah dibersihkan tapi bila perlu drill jubin untuk buat rak, hiasan, plug dan sebagainya ada sedikit masalah. Salah cara drill jubin boleh pecah. Sayang kan.

Bagi elakkan jubin pecah, ada cara dril yang perlu dipraktikkan agar lubang pada jubin dapat dihasilkan dengan elok.

Cara betul drill Jubin Atau Mozek

Bagi anda yang perlu menebuk jubin ini sebaiknya ikut langkah yang dikongsi oleh Alel Sharifuddin

1. Gunakan tukul dan paku ‘sedikit’ sahaja di kawasan yg telah ditanda atau yang ingin di dril. Tujuannya utk memberikan laluan kepada mata drill.Kalau terus gunakan mata drill, nanti akan licin/mata tergelincir.

drill Jubin

2. Gunakan mata drill tiles. Boleh beli di hardware harga RM12

drill Jubin3. Gunakan mode drill, jangan gunakan mode ‘HAMMER’, ia boleh menyebabkan tiles pecah. Mata drill tadi hujungnya sudah tajam jadi tidak perlu tolak mesin dengan kuat. Layannn je sambil dia buat lubang atas tiles.drill Jubin

4. Bila tiles dah berlubang cantik, pakai mata drill tebuk dinding pula. Kenapa kena tukar? Sebab nak jaga mata drill tiles. Boleh saja nak guna mata drill yang sama tapi nanti hujungnya tumpul. Sayang…drill Jubin

5. Ok, lepas dah ada lubang, dah tukar mata barulah boleh tukar kepada mode HAMMER. Tekan perlahan-lahan juga.

Ini hasilnya, kemas. Tak sopek/pecahkan tiles

drill Jubin

drill JubinBACA JUGA: DIY Spice Rack Dapur Tanpa Tebuk Dinding, Jimat Ruang, Mudah & Kemas Sangat!

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

1 × 5 =