Home Resipi Cara Buat Kulit Karipap Frozen Yang Rangup Bila Digoreng

Cara Buat Kulit Karipap Frozen Yang Rangup Bila Digoreng

2378
0
Cara Buat Kulit Karipap Frozen Yang Rangup Bila Digoreng

Karipap frozen antara yang wajib ada dalam peti sejuk kita. Senang, boleh makan bila-bila waktu. Anak-anak pun suka. Lagi sedap kalau dapat kulitnya yang rangup dan flawles bila digoreng.

Jika selama ini selalu beli karipap frozen apa kata kita buat sendiri pula. Boleh ikut resipi dikongsi oleh Azam Abd Wahab yang menjual karipap frozen.

Turut disertakan tip untuk dapat kulit karipap yang rangup dan cantik waktu digoreng. Jika mahu buat untuk jualan pun boleh.

Resipi kulit karipap frozen rangup

Bahan-bahan:

  • 1 kg (satu bungkus) tepung gandum (saya guna tepung MFM Cap Ros)
  • 3/4 cawan @ 150ml @ 15 sudu makan minyak masak
  • 1 sudu makan marjerin (jenama apa pun boleh, saya guna Planta)
  • 350ml @ 2 cawan @ 18 sudu @ 19 sudu aura air masak/mineral/drinking water/dari penapis
  • 1 sudu makan air kapur yang jernih sahaja
  • * Saya tak letak garam, boleh saja kalau nak letak, ikut cita rasa

Cara-caranya:

Karipap Frozen

1. Panaskan minyak dan marjerin. Biarkan suam-suam dan tuang ke dalam tepung gandum.

2. Gaul rata minyak dan tepung menjadi seperti serbuk roti atau breadcrumb.

3. Campurkan air kapur dan air yg 350ml tadi.

4. Setelah itu masukkan air sedikit demi sedikit ke dalam tepung. Jangan terlalu lembik, keras sampai boleh uli dan tidak melekat.

5. Uli tepung sehingga sebati menjadi doh.

6. Untuk proses karipap menjadi senang. Rehatkan/biarkan doh dalam 45 minit-1 jam.

Kalau nak cepat boleh tutupkan doh yang diletakkan dalam bekas dan wrap dgn cling film. Dalam 15 minit dah boleh proses buat karipap.

Cara saya untuk no.6, setelah menjadi doh agak-agak tepung tidak melekat( jika melekat atau lembik letakkan sikit tepung. Jika keras tambahkan air).

Lalu dengan secepat kilat jadikan doh kepada bulat-bulat kecil ( selalunya untuk 1kg tepung/ 1 bungkus saya dapat dlm 100-115 biji bebola kecil).

Setelah dibulatkan kecil saya rehatkan dalam 15 minit guna cling bagi kedap udara dan doh cepat lembut dan senang untuk dibentuk. Selepas 15 minit boleh start buat karipap.

Tip buat karipap frozen

Karipap Frozen

Untuk buat jualan frozen ada 2 cara bagi karipap tahan lama. Boleh tahan sehingga 2 atau 3 bulan.

  • Goreng separuh masak, sejukkan dan frozen. Karipap tak melekat.
  • Bakar guna oven api atas bawah. Suhu 150 C selama 15minit, ikut oven masing-masing. Dah sejuk frozenkan.

Untuk bekalan travel, saya goreng separuh masak tidak sesuai dibakar kerana karipap akan melt/ melekat dan rupa akan herot petot bila nak menggoreng..

Cara goreng karipap untuk dapat kulit flawless & mengerutu

Untuk karipap frozen flawless gebu gebas. Senang saja, keluarkan karipap frozen terus letak dalam minyak atas kuali buka api kecil sederhana.

JANGAN tunggu minyak panas atau defroshkan karipap. Terus letak karipap frozen yg keras tu dalam minyak yg belum dibuka api atau dipanaskan. Itu saja. karipap tak gelembung atau terbelah di tengah. Insyaallah cantik kejadiannya.

Jika nak kulit karipap mengerutu sebab ada yang suka katanya rangup dan sedap.

Selepas siap karipap boleh terus goreng dengan api yang sederhana besar. Gerutu akan terhasil tapi hanya diguna pakai untuk karipap yang sedia untuk digoreng terus. Untuk karipap frozen defrost dulu barulah digoreng.

BACA JUGA: Cara Buat Kulit Karipap Rangup & Inti Kentang Yang Sedap!

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here