Bekas Makanan Jangan Buang Boleh Buat Tanam Sayur. Guna Teknik Ni, Tak Perlu Siram Dah!

Bekas Makanan Jangan Buang Boleh Buat Tanam Sayur. Guna Teknik Ni, Tak Perlu Siram Dah! | Di rumah kita mesti ada banyak bekas-bekas plastik yang kita dapat bila beli atau bungkus makanan. Sampai banyak sangat tak tahu nak buat apa. Sudahnya kita buang.

Bagi yang suka bercucuk tanam, bekas bekas makanan ‘tipuware’ ini sebenarnya berguna untuk tanaman hidroponik. Untuk yang baru berjinak-jinak belajar tanam sayur pun elok juga. Tak perlu keluar modal sangat beli pasu, polibeg dan sebagainya.

Caranya dikongsi oleh pengguna Facebook D’ Pro A’Nas

Guna semula bekas makanan ‘tipuware’ untuk tanam sayur

Bahan- bahan yang diperlukan:

  • Bekas makanan (guna botol air mineral pun boleh)
  • Kain mikrofiber atau apa-apa kain yang boleh menyedut air.
  • Cocopeat (hampas sabut kelapa) boleh beli di nurseri
  • Soldering Ion – untuk membuat lubang
  • Alumium Foil atau cat
  • Anak Pokok

Cara membuat

1. Ambil bekas makanan, boleh guna pelbagai saiz. Ikut nak besar mana.

tanam sayur

2. Buat lubang menggunakan soldering iron di bahagian bawah untuk masukkan mikrofiber bagi menyerap air. Buat juga lubang pada sekeliling bekas makanan seperti gambar di bawah. tanam sayur

3. Kemudian masukkan cocopeat dan juga anak benih sayur. Boleh juga terus semai benih atas cocopeat. Dah tanam anak benih kemudian siram.tanam sayur

3. Cari satu lagi bekas untuk isi air dan letak bekas makanan berisi anak benih yang dah berdaun empat di atasnya. Pastikan kain masuk dalam air.

4. Balut bekas makanan yang transparent supaya tak berlumut bila kena cahaya matahari. Boleh juga dicat.

Sistem semaian hidroponik guna cocopeat sistem sumbu/wick ini juga memudahkan kita kerana tak perlu disiram setiap hari.

BACA JUGA :: DIY Air Booster Organik Guna Sisa Dapur Untuk Subur & Sihatkan Tanaman!

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

ten − seven =