Home Resipi Inilah Cara Mudah Buat Pearl Bubble Homemade, Yang Penting Ianya Sedap Sangat...

Inilah Cara Mudah Buat Pearl Bubble Homemade, Yang Penting Ianya Sedap Sangat Dan Halal!

2481
0
Inilah Cara Mudah Buat Pearl Bubble Homemade, Yang Penting Ianya Sedap Sangat Dan Halal!

Kami pasti ramai antara kita yang suka sangat minum air teh yang ada pearl bubble ini bukan? Tapi nak beli kat kedai risau dengan status halal?

Jangan risau lagi anda kini boleh buatnya sendiri dirumah. Puan Fara Bakri dengan bermurah hati perturunkan rahsia bagaimana untuk sediakannya.. Jom kita lihat sekarang:

BAHAN-BAHAN NAK BUAT PEARL BUBBLE:

  • 2 cawan tepung ubi
  • 2 sudu makan tepung pulut
  • Pewarna hitam secukupnya ( boleh guna pewarna pilihan yang lain. EMpunya resipi guna pewarna biru gelap.)
  • Air panas secukupnya
  • Secubit garam
  • 3 sudu makan gula
  • Daun pandan

CARA MEMASAK:

1. Satukan tepung ubi, tepung pulut, garam dan 1-2 titik pewarna ke dalam bekas.
2. Masukkan air panas sedikit demi sedikit dan uli guna senduk hingga sebati dan doh tidak melekat.

pearl bubble

3. Kemudian cubit doh dan bulatkan. Saiznya seperti saiz yang biasa dibeli di kedai.
4. Salutkan doh yang sudah dibulatkan tadi dengan sedikit tepung bagi mengelakkan ia melekat antara satu sama lain.

pearl bubble

5. Didihkan air dalam periuk. Masukkan gula dan daun pandan. Tujuan menggunakan gula ialah supaya bubble pearl menjadi berkilat. Rebus bubble pearl selama 25-30 minit.
6. Selesai merebus, tapis pearl bubble dan lalukan di bawah air mengalir untuk membuang lebihan kanji.

pearl bubble

7. Masukkan pearl bubble ke dalam bekas dan isikan air gula. Anda bebas menggunakan air gula putih atau air gula merah. Jika guna air biasa dan simpan dalam peti sejuk, pearl bubble akan jadi keras.

pearl bubble

BACA JUGA :: Cara Buat Minuman Probiotik Ala Vitagen. Lagi Sihat & Sesuai Untuk Anak

8. Boleh masukkan ke dalam minuman kegemaran. Jika ada lebihan, simpan pearl bubble di dalam peti sejuk.

pearl bubble

Mudah bukan? Jom buat sekarang.. jimat duit belanja tau..hihi

Kredit resepiĀ Puan Fara Bakri

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here