Home Resipi Cara Senang Bancuh Adunan Lempeng Kampung Supaya Hasilnya Gebu & Sedap.

Cara Senang Bancuh Adunan Lempeng Kampung Supaya Hasilnya Gebu & Sedap.

5724
1
Cara Senang Bancuh Adunan Lempeng Kampung Supaya Hasilnya Gebu & Sedap.

Cara Bancuh Adunan Lempeng Kampung Supaya Hasilnya Gebu & Sedap. | Adunan Lempeng yang sempurna akan menghasilkan hasil yang sedap dan gebu. Sangat enak dimakan panas-panas bersama madu ataupun sambal tumis.

Namun ramai yang kurang tahu cara-cara nak adun lempeng kampung ni.  Terasa nak makan lempeng esok? Nah..resipi dan panduan perkongsian saudari Kaseh Sery ni sangat sesuai anda cuba. Pasti puas hati dengan hasilnya.

LEMPENG KAMPUNG GEBU & SEDAP

BAHAN-BAHAN:

  • 3 senduk tepung gandum
  • 1 biji telur
  • 1 sudu kecil mauripan
  • 2-3 sudu gula
  • Sedikit garam
  • 2-3 cawan air
    (adunan tak cair & tak pekat sangat)

BACA JUGA :: Ini Senjata Rahsia Untuk Sambal Ikan Bilis Tahan Berbulan-Bulan

CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan dan adun sebati. Biarkan adunan selama lebih kurang 1 jam.

2. Panaskan kuali dan oles sedikit minyak. Tuang satu senduk adunan lempeng dan masak seperti biasa.

lempeng kampung3. Angkat dan enak dinikmati bersama sambal tumis atau susu pekat manis.

Nota: Lempeng ini juga sedap dimakan bersama kelapa parut.

Kredit resipi & foto: Kaseh Sery

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here