Home Resipi Cara Buat Bubur Lambuk Guna Rice Cooker. Cukup Mudah, Cepat & Sedap...

Cara Buat Bubur Lambuk Guna Rice Cooker. Cukup Mudah, Cepat & Sedap Pula Tu!

5051
1
Cara Buat Bubur Lambuk Guna Rice Cooker. Cukup Mudah, Cepat & Sedap Pula Tu!

Cara Buat Bubur Lambuk Guna Rice Cooker. Cukup Mudah, Cepat & Sedap Pula Tu! | Selain terawih dan juga bazar ramadan, yang pasti dirindui ramadan ini adalah bubur lambuk.

Bagi pecinta bubur lambuk di masjid, pastinya tahun ini anda tidak akan dapat menikmati keenakkan bubur lambuk.

Tapi tak apa, jom buat sendiri bubur lambuk di rumah. Rasanya pun sesedap bubur lambuk di masjid. Yang lebih penting lagi, cukup mudah dengan hanya menggunakan rice cooker. Terlajak mudah bukan. Jom admin kongsikan resipi dari puan Nur Haziqah

buat bubur lambuk

BUAT BUBUR LAMBUK GUNA RICE COOKER.

Kelmarin dah share resepi susu kurma. Harini nak share resepi bubur lambuk pulak.

Bubur lambuk banyak versi , bahan-bahan juga ada yang berbeza. Tapi yang ni bubur lambuk style utara. Selalu kat masjid-masjid akan dapat bubur lambuk jenis ni. Tak pasti tempat lain ☺ Saya masak dalam rice cooker sebab lebih cepat.

Bahan-bahan buat bubur lambuk

  • 1 1/2 pot beras – basuh , rendam selama 15 minit dan toskan
  • daging – dihiris kecil , basuh dan toskan
  • perencah sup adabi 1 bungkus
  • daun sup – dihiris kecil
  • 1 batang carrot – potong dadu
  • 1 biji ubi kentang – potong dadu
  • 4 ulas bawang putih
  • 5 ulas bawang merah
  • 2 inch halia
  • 1/2 sk serbuk lada hitam
  • 100 ml santan
  • 2 liter air
  • bawang goreng
  • gula dan garam

BACA: Masak Bubur Nasi Memang Senang, Tapi Nak Dapatkan Kanji Putih Berkilat Ada Caranya!

buat bubur lambuk

Cara-cara buat bubur lambuk:

  1. Blend halia , bawang putih dan bawang merah dengan sedikit air sehingga halus.

buat bubur lambuk

2. Panaskan minyak dan tumis bahan yang dikisar tadi sehingga naik bau.

3. Kemudian , masukkan 1 bungkus perencah sup dan kacau.

buat bubur lambuk

4. Masukkan daging dan kacau dalam 1 minit

buat bubur lambuk

5. Masukkan beras dan kacau rata.

buat bubur lambuk

6. Masukkan beras ke dalam rice cooker.

7. Masukkan air , ubi kentang dan carrot.

8. Masak sehingga beras kembang

buat bubur lambuk

9. Bila beras dah kembang , masukkan santan , gula , garam , serbuk lada hitam , daun sup dan bawang goreng.

buat bubur lambuk buat bubur lambuk

10. Kacau sebati dan masak lagi sehingga beras hancur.

buat bubur lambuk buat bubur lambuk
#nuhazkitchen

TERUSKAN MEMBACA

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here