Inilah 11 Bahan Makanan Mudahkan Anda Bersahur Dengan Cepat Tapi Kenyang

Di awal bulan Ramadhan, ada sesetengah daripada kita masih perlu menyesuaikan diri dengan bersahur sebelum azan subuh berkumandang. Ada kemungkinan dalam proses ini, anda tergelincir bangun lewat sehingga terkejar-kejar siapkan makanan sahur.

Bagi meminimakan anda bersaing dengan waktu imsak terutama yang terbangun lambat, saya nak kongsi 11 bahan makanan yang mudah dan cepat disediakan serta sesuai jadi bekalan tenaga sepanjang hari.

1. Telur

Makanan berasaskan telur antara yang termudah dan terpantas disediakan. Ia boleh makan dengan nasi atau roti, dibuat omelet atau dijadikan mufin telur. Telur juga adalah sumber protein yang bagus. Pastikan cukup stok telur sepanjang Ramadan ini.[expander_maker id=”1″ more=”TERUSKAN MEMBACA” less=”ARTIKEL LAIN”]

bersahur

2. Ikan Bilis

Enak digoreng bersama bawang dan cili. Lalu dituang kicap manis sebelum dimakan dengan nasi panas atau dimasukkan ke dalam nasi goreng.

Ikan bilis merupakan rencah yang mampu membangkitkan selera. Nak masak pun cepat. Tapi nak lagi ekspres, goreng garing banyak-banyak, simpan dalam bekas. Jimat masa.

Anda juga beli yang dah siap dimasak seperti sambal ikan bilis kering. Makan begitu sahaja dengan nasi panas pun sedap.

3. Sambal Segera

Sekarang ini terdapat banyak pilihan sambal segera. Sama ada dijual dalam balang, bekas atau dipek kecil. Lebih tahan lama. Boleh dimakan dengan nasi atau roti ketika bersahur. Ada juga yang menggunakannya sebagai perencah nasi goreng atau sayur.

Pilih sahaja sambal yang kena dengan selera anda. Tambah pula sekarang musim durian, boleh beli atau buat tempoyak sendiri in advanced dan makan dengan sambal.

Tapi hati-hati bagi mereka yang tidak tahan pedas, nanti pedih perut pula selepas makan di waktu sahur.

4. Serunding

Bahan untuk bersahur paling best sebab ia boleh dipelbagaikan dalam masakan sama ada jadi bahan masakan atau lauk. Ada banyak jenis, antaranya serunding ayam, daging atau ikan yang lazimnya laris dan wajib di bulan Ramadan kerana kesedapan dan memudahkan.

Serunding boleh dimakan begitu sahaja dengan nasi, nasi impit, roti atau ban. Makanan tradisi ini juga boleh tahan lama jika disimpan dalam bekas bertutup dan disimpan dalam peti sejuk.

Serunding yang sedap ialah serunding yang dimasak secara tradisional seperti Serunding Mek Kampung Laut. Apa lagi, bolehlah siapkan stok serunding untuk sebulan!

5. Minuman Panas

Pelik? Apa yang saya maksudkan ialah anda bancuh susu atau minuman panas kegemaran, kemudian tambahkan oat atau cereal lain seperti Nestum. Ini sesuai jadi pilihan bagi mereka yang tak boleh telan atau makan makanan yang berat macam nasi di waktu sahur.

Bijirin seperti oat boleh bantu mengenyangkan perut anda dalam tempoh yang panjang. Nak disediakan pun pantas. Untuk lebih khasiat, boleh tambah serbuk protein.

Tapi orang Malaysia, perut dah biasa dengan minuman panas milo kan? Milo pun boleh anda ambil ketika bersahur membantu anda menghadapi puasa seharian. Kalau nak cicah dengan biskut pun boleh.

bersahur

6. Overnight Oat

Ini lebih spesifik berbanding nombor 5 tadi. Kalau rajin, anda boleh buat overnight oat memang menu yang mudah ketika bersahur. Campur oat dan susu pada waktu malam sebelum tidur dan simpan dalam peti sejuk.

Sebelum dimakan keesokannya, tambah apa-apa buah dan kekacang kalau suka. Tak perlu kelam kabut semasa sahur. Kalau nak resipi, anda boleh dapatkannya di sini.

7. Makanan Dalam Tin

Menggunakan makanan dalam tin memang mudah dan jimat tenaga. Masa memasak juga sangat singkat. Tambah pula sekarang ada macam-macam lauk ditinkan. Antaranya kari ayam, kari daging, dan sambal ikan bilis. Ia hanya perlu dipanaskan sebelum dimakan.

Selain itu, anda juga boleh masak sardin dalam tin secara ringkas. Ia boleh digandingkan dengan papadom dan dimakan dengan nasi semasa sahur. Kacang panggang pulaa boleh dimakan dengan omelet atau roti.

Anda boleh siapkan stok makanan berkaleng ini sebagai alternatif. Pilih tin yang tidak kemek juga. Tapi tak digalakkan makan makanan sebegini dalam kadar yang kerap.

Pendek kata elakkan terlalu bergantung kepada makanan berkaleng, ia hanyalah sebagai tambahan atau diambil ketika keadaan terdesak sahaja.

8. Sayur Fucuk Dan Suhun

Hirup sup panas waktu sahur memang menyegarkan. Boleh buat sup fucuk dan suhun dengan ditambah kentang, lobak merah atau telur. Mahu dimakan bersama bubur atau nasi juga boleh.

Nak masak pun sekejap sahaja. Menu yang baik untuk anak-anak yang sedang belajar berpuasa dan bersahur. Mengenyangkan dan berkhasiat.

9. Pasta

Ada banyak jenis pasta yang anda boleh pilih. Ia boleh dibuat stok kerana tahan lama dan boleh dipelbagaikan masakannya bagi menghasilkan menu pasta yang sihat. Hidangan pasta juga mudah disedia dan tidak menggunakan banyak bahan.

Pasta hanya perlu direbus sekejap sahaja sampai tahap al dante atau mahu lebih senang, rebus sebelum tidur dan disimpan dalam peti sejuk. Buat pasta sup, bolognese atau aglio olio semasa bersahur.

10. Mi Kering

Mi kering, yee mee atau bihun boleh juga dibuat stok sahur. Selain tahan lama dan mudah dimasak, pelbagai menu boleh dihasilkan daripadanya. Jemu juga kalau asyik bersahur nasi, roti dan minuman panas sahaja. Tukar selera dengan bihun sup, yee mee goreng atau mi kering berkuah.

BACA: Biasakan Bangun Awal Pagi, Itu Rahsia Orang Berjaya. Deep Perkongsian Ni!

11. Chia Seed

Kebelakangan ini ramai orang sukakan biji chia kerana dipercayai baik untuk kesihatan. Lebih menarik, biji chia boleh dimasukkan ke dalam menu makanan. Anda boleh campurkan ia dalam makanan jenis yoghurt, oat, salad, pasta sejuk, puding, sup dan pelbagai lagi.

Ini hanyalah cadangan untuk menu bersahur yang sesuai dengan tekak rakyat Malaysia. Anda boleh sesuaikan ikut selera dan masa anda. Selain itu anda juga boleh buat minuman yang menyegarkan anda sepanjang hari.[/expander_maker]

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

4 × three =