Home All Petua Kebersihan Diri 2 Cara Mudah & Jimat Bersihkan Daki Pada Badan, Tak Payah Beria...

2 Cara Mudah & Jimat Bersihkan Daki Pada Badan, Tak Payah Beria Menyental!

5149
1
2 Cara Mudah & Jimat Bersihkan Daki Pada Badan, Tak Payah Beria Menyental!

2 Cara Mudah & Jimat Bersihkan Daki Pada Badan, Tak Payah Beria Menyental! | Berbulan-bulan sibuk dengan aktiviti seharian adakalanya kita baru sedar ada bahagian pada badan yang kita tidak betul-betul bersihkan sehingga menjadi daki.

Daki ini memang kalau tak di sental betul-betul susah nak bersihkan daki dengan hanya menggosok-gosok je, kadang perlu minta bantuan orang lain untuk sental lebih kuat. Paling malang kalau kulit sensitif mahu berkesan merah dan sakit pada kulit kita.

Sebenarnya jangan lah sampai berbulan-bulan baru nak bersungguh menyental daki pada badan kalau dibiarkan lama memang sudah degil dan susah nak hilangkan daki tu.

bersihkan daki

BACA: Mandian Ais Untuk Hilang Bisa, Lenguh Sendi & Gangguan Makhluk Halus. Ini Caranya Boleh Buat Sendiri!

Disini kami kongsikan 2 petua boleh dicuba untuk hilangkan daki dan boleh juga diamalkan sebulan sekali bagi memastikan kebersihan badan kita:

2 Petua Bersihkan Daki Pada Badan Menggunakan Bahan Semulajadi

PETUA 1:-

Bahan-bahan : daun sirih, beras

Cara : Blend segenggam beras sehingga halus. Kemudian tumbuk beberapa helai daun sirih sehingga lumat. Campurkan kedua-dua bahan tadi dan kacau sehingga sebati. Sebelum mandi, lumurkan dahulu campuran sirih & beras tadi ke seluruh tubuh badan. Kemudian gosok-gosokkan ia dengan perlahan sehingga semua bahan yang telah dilumur tanggal dari badan. Petua ini bukan sahaja menjadikan kulit badan anda halus, malahan ia juga akan membantu menanggalkan daki dan mengharumkan serta menyegarkan bau badan anda.

PETUA 2:-

Bahan-bahan : Beras, kunyit, segenggam asam jawa
Gorengkan beras tanpa minyak sehingga keperang-perangan,kemudian dikisar. Then tumbuk hingga hancur 1 inci kunyit hidup. Kemudian gaulkan beras dan kunyit tadi bersama-sama segenggam asam jawa yang telah dibancuh dengan sedikit air. Ramuan ini perlu diperapkan dahulu selama lebih kurang sejam.

Apabila hendak mandi dan bersihkan daki, gosokkan bahan-bahan tadi ke seluruh badan selama 5 minit. Bahan-bahan ini berupaya untuk menanggalkan sel-sel kulit mati dan juga daki. Kemudian bilas dengan menggunakan air biasa. Petua ini elok jika diamalkan seminggu sekali.

BACA: Mengapa Anda Perlu Mandi Malam Sebelum Masuk Tidur?

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here