Tempoyak, Rupanya Banyak Rahsia Hebat Di Dalamnya Masih Ramai Tak Tahu!

Tempoyak, Rupanya Banyak Rahsia Hebat Di Dalamnya Masih Ramai Tak Tahu! | Jika sebelum ini ada antara kita yang menggemari sambal tempoyak atau ikan patin masak gulai tempoyak dan pelbagai menu berasaskan tempoyak, untuk membangkitkan lagi selera berbuka puasa.

Rupa-rupanya siapa sangka tempoyak ini ada keistimewaannya yang tersendiri. Bukan sahaja sedap pada rasa, bahkan rugi jika dilepaskan begitu sahaja.

Sebenarnya tak ramai tahu rahsia tempoyak ni. Tapi yang pelik ada yang makan durian tapi tak makan tempoyak dan ada juga makan tempoyak tapi tak makan durian! Takperlahkan ikut tekak masing-masing.

BACA: 5 Khasiat Kimchi Makanan Korea Yang Elok Untuk Turun Berat Badan & Awet Muda

Ni 7 rahsia tempoyak yang ramai tak tahu

1. Tempoyak bukan cuma sedap tapi tempoyak ni penuh dengan bakteria baik ( probiotik ) untuk usus anak anak dan keluarga kita.

2. Tempoyak ni terhasil daripada proses fermentasi antara garam dan durian. Sebaiknya tempoyak ni dimakan terus sahaja tanpa dipanaskan atau dimasak untuk menjaga kandungan bakteria baik di dalamnya

tempoyak

3. Mengikut kajian dalam tempoyak ni ada 7 strain Lactobacillus iaitu L. plantarum, L. fermentum, L. crispatus, L. reuteri, and L. pentosus. Kesemua spesis ni mempunyai aktiviti oksidan yang tinggi

4 . Aktiviti oksidan yang tinggi ni dikaitkan dengan kemampuan untuk mencegah penyakit kanser juga sebenarnya

5. Dalam usus kita, ada bakteria baik, ada bakteria jahat. Jika jumlah bakteria jahat lebih banyak dan tak seimbang, itulah saatnya penyakit berbahaya akan mula menyerang kita sekeluarga

6. Sebab tu lah tempoyak ni bukan cuma penaik selera makan kita sekeluarga. Tempoyak ni juga adalah penaik imuniti badan dan perencat kuman jahat di dalam usus.

7. Itulah kenapa saya ajarkan anak anak saya untuk jatuh cinta dengan tempoyak kerana saya percaya kita tak perlu makanan mewah dan mahal mahal pun untuk menjaga kesihatan keluarga kita

Tolong bagitahu rahsia ni pada ahli keluarga kita yang belum tahu ya.

Sumber : Taufiq Razif

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

fourteen − 4 =