Bateri Basah Bertahan Selama 2 Tahun Atau Lebih Jika Anda Rajin Buat 5 Perkara Ni!

Ada yang merasakan penggunaan bateri basah perkara rumit. Namun ia tidak menjadi masalah kepada mereka yang sentiasa memberi perhatian kepada kereta.

Ini kerana secara asasnya bateri basah perlu diperiksa secara berkala sekurang-kurangnya sebulan sekali untuk memastikan komponen itu berada dalam keadaan baik.

Supaya anda tidak berhadapan dengan pengalaman aircond kereta tidak sejuk, cermin tingkap tidak boleh dibuka atau ditutup, bunyi radio lemah dan lampu kereta tidak menyala, bateri kereta harus dijaga dengan kerap.

Sememangnya apabila enjin dihidupkan, bateri akan di caj secara automatik tetapi walau bagaimanapun anda harus menjaga bateri kendaraan anda supaya dapat bertahan dan tidak mati sebelum waktunya.

Selain itu ia juga bagi memastikan ia mampu beroperasi pada tahap maksimum. Pemeriksaan seperti ini membantu mengenal pasti sama ada terdapat kerosakan atau keretakan pada kotak atau bekas bateri yang biasanya berwarna putih.

Habuk biasanya terkumpul dalam ruangan enjin dan anda digalakkan untuk membersihkan lapisan habuk, dan kotoran pada permukaan bateri, termasuk kedua-dua terminal positif dan negatif.

Lakukan ini ketika enjin dimatikan dan gunakan kain kering untuk mengelap bateri. Terminal bateri juga boleh berkarat dan jika ini berlaku, anda boleh gunakan kertas pasir untuk gosok dan bersihkan.

Selepas itu, gunakan sedikit gris untuk disapukan pada permukaan terminal. Perkara lain yang anda boleh lakukan adalah :

5 Perkara Anda Perlu Rajin Lakukan Supaya Bateri Basah Tahan Lama

  • Periksa Voltan Bateri Kereta

Untuk menghindari bateri basah kereta anda kong, pastikan voltan bateri diperiksa dan di caj penuh oleh mekanik semasa anda menghantarkan kereta untuk servis ataupun diselenggara.

Bergantung pada jenis bateri dan saiz bateri kereta, biasanya bateri yang baik mempunyai bacaan 12.5 ke 12.6 volt. Cara terbaik untuk menjaga jangka hayat bateri kereta anda ialah dengan memastikan ianya diperiksa setiap 5,000 kilometer ataupun 3 bulan sekali.

BACA JUGA :: Kalau Tingkap Kereta Rosak Tak Boleh Turun Naik, Ini 3 Perkara Yang Anda Kena Periksa!

bateri basah

  • Semak Terminal Bateri Secara Berkala

Sebagai penghubung kutub positif dan negatif pada bateri kendaraan, ia juga harus diberi perhatian. Kemunculan karat, kakisan, kulat dan kedudukan longgar boleh mencetus masalah pada bateri kendaraan anda dan boleh menjejaskan jangka hayat bateri kereta.

Sebelum membersihkan terminal bateri, tanggalkan dan jauhkan kabel sambungan terlebih dahulu daripada terminal bateri. Bersikan terminal bateri dengan bacuhan air dan soda bikarbonat, gosok perlahan-lahan dengan berus hingga bersih. Pasang kembali bateri dengan kedudukan sebelumnya.

  • Periksa paras kandungan air.

Anda perlu memeriksa kandungan air dalam bateri sama ada cukup atau berada di bawah garisan minimum. Jika kurang, anda perlu menambahkan air bateri dan pastikan tidak melebihi paras maksimum.

Ia penting bagi membenarkan bendalir itu memainkan peranan menyimpan bekalan elektrik dalam bateri. Sekiranya air bateri berada bawah garisan minimum, keupayaan bateri basah untuk menyimpan tenaga elektrik juga akan menurun secara automatik.

  • Panaskan enjin 10 minit

Anda boleh memanaskan enjin kira-kira 10 minit untuk membantu arus elektrik dalam bateri diperbaharui semula menerusi bantuan alternator. Langkah itu juga untuk arus elektrik bateri kekal stabil dan berada pada tahap maksimum.

  • Padam semua perkakasan elektronik

Anda perlu memadamkan semua perkakasan elektronik dalam kereta seperti sistem audio, penyaman udara, pemanas cermin dan lampu, termasuk mencabut soket pengecas yang disambung pada kereta sebelum enjin dimatikan.

Ini akan membantu memastikan arus elektrik dalam bateri dapat disalurkan terus ketika menghidupkan enjin.

Jika anda bijak dalam menyelenggara bateri basah, ia mampu bertahan sekurang-kurangnya dua tahun.

Ini lebih menjimatkan berbanding bateri kering yang mempunyai purata jangka hayat kira-kira setahun.

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

seven + 6 =