Selain Guna Jumper & Menolak Kereta,Ni 1 Cara Lagi Nak Hidupkan Bateri Kereta Yang ‘Kong’

Selain Guna Jumper & Menolak Kereta,Ni Cara Nak Hidupkan Bateri Kereta Yang ‘Kong’ | Apabila hendak hidupkan enjin kereta tiba-tiba starter motor semacam semput, kita selalu syak yang bateri telah ‘conk’. Jarang kita terfikir kenapa bateri boleh habis sedangkan baru ditukar tak sampai setahun.

(Nota: biasanya, hayat bateri kereta diantara 1.5 ~ 2 tahun. Sesetengah bateri sel basah boleh cecah lebih 2 tahun hayatnya jika dijaga dengan baik).

Jika bateri anda ‘conk’, sila perhatikan perkara berikut:

  • Adakah bateri anda berusia lebih 1.5 tahun? Jika ya, mungkin benar bateri itu perlu ditukarkan.
  • Adakah sesiapa pernah mengusik kabel bateri atau kabel Alternator baru-baru ini? Cuba periksa sekali lagi sambungannya. Mungkin longgar.
  • Adakah anda memasang sistem audio atau lampu yang berkuasa tinggi baru-baru ini? Mungkin ia mengambil kuasa bateri sedikit.

Jika kesemua jawapan di atas adalah ‘TIDAK’, maka anda patut uji alternator anda. CARA yang tak mudah (sebab kena tanggalkan terminal bateri dalam keadaan enjin sedang hidup):

  1. Cuba hidupkan enjin kereta (kalau langsung tak boleh hidup cuba jump-start / pinjam bateri / tukar bateri)
  2. Buka hud hadapan dan tanggalkan terminal -ve bateri menggunakan open end spanar saiz 10.
  3. Jika enjin mati selepas beberapa ketika, alternator / sistem pengecas telah gagal

Atau anda boleh lakukan UJIAN MUDAH seperti berikut:

  1. Cuba hidupkan enjin kereta (kalau langsung tak boleh hidup cuba jump-start / pinjam bateri / tukar bateri)
  2. Jangan tekan pedal minyak, biarkan enjin ‘melahu’ (idle) sehingga enjin agak stabil (RPM stabil)
  3. Buka lampu tinggi (headlight) dengan cara menarik tuil lampu isyarat (seperti kita bagi lampu kepada kereta di depan), kemudian lepaskan tuil tu. Lakukan berulang kali
  4. Setiap kali lampu On dan Off, cuba dengar perubahan pada enjin.
  5. Jika ADA perubahan pada RPM enjin (enjin jadi berat ketika On), maknanya Alternator masih berfungsi
  6. Maka, tukarlah bateri.

TETAPI jika TIADA perubahan pada RPM, tidak bermakna Alternator telah rosak. Mungkin:

  • Ada kabel tercabut atau longgar
  • Talisawat (belt) Alternator putus atau longgar
  • Ada fius yang terbakar

Periksalah dulu perkara di atas sebelum dihantar ke workshop. Setelah berpuas hati, bawalah kereta ke workshop yang diyakini. Biar pomen gunakan alat Multimeter. Sekurang-kurangnya, kita telah periksa dan berpuas hati sebelum menukar Alternator kerana harga Alternator bukanlah murah.

CARA MENGHIDUPKAN KERETA TANPA JUMPER:

Bateri kereta tiba-tiba mati dan korang pulak time tu takde jumper? Nak tolak kereta tapi badan tak kuat pulak. Hmm macam mana ni? Jangan bimbang, korang masih boleh menghidupkan semula kereta tu dengan hanya menggunakan tali dan jek kereta yang terdapat di belakang but tu je!

Kalau ada jumper pun tapi takde kenderaan yang boleh membantu tak berguna juga jumper korang tu kan?

Tapi macam mana caranya? Ok, first sekali korang kena pastikan yang kereta tu diletakkan dalam gear satu dan kunci dalam posisi ‘run’. Lepas tu korang jet sebelah tayar depan dan tali dililit mengelilinginya.

cara hidupkan kereta, cara jumper kereta, cara hidupkan kereta, bateri lemah, bateri kereta lemah, masalah bateri kereta

Kemudian korang boleh tarik tali yang melilit tayar tu ke hadapan. Ala-ala seperti menghidupkan enjin mesin rumput atau bot tambang. Hasilnya, kereta dapat dihidupkan.

jumper

Untuk lebih detail, korang boleh tengok video kat bawah ni:

Dari segi mekanikal, apa yang dilakukan tu adalah tentang simulasi kereta sedang ditolak. Dengan roda pacuan berpusing dalam gear, piston mula bergerak yang menghasilkan cukup mampatan untuk enjin membakar. Apabila kereta mula hidup, alternator boleh mula mengecaj semula bateri.

Tapi walau bagaimanapun, trik berkenaan cuma berhasil pada kereta transmisi manual sahaja, manakala enjin kecil lebih bagus. Ini mungkin mampatan lebih mudah dihasilkan daripada enjin bersesaran kecil. Kereta pula mesti difrensial terbuka bagi memastikan kuasa enjin dihantar kepada roda kurang rintangan ketika satu daripada roda itu sudah dijek. Kereta pula sepatutnya boleh digerakkan ke depan, atau trik itu berkemungkinan besar tidak menjadi.

Tapi kalau nak lagi senang, korang minta je bantuan orang ramai atau rakan terdekat jika kereta tu perlu ditolak. Pastikan kereta korang ada jumper dan boleh menghubungi kawan-kawan yang boleh diharap ketika emergency macam ni. Masa ni lah nak gunakan kawan sebaik mungkinkan.

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

three + 15 =