Home All Pengetahuan Am Inilah 6 Kesan Buruk Akibat Postur Badan Yang Teruk, Salah Satunya Punca...

Inilah 6 Kesan Buruk Akibat Postur Badan Yang Teruk, Salah Satunya Punca Perut Anda Buncit!

2812
0
Inilah 6 Kesan Buruk Akibat Postur Badan Yang Teruk, Salah Satunya Punca Perut Anda Buncit!

Memang satu kenyataan yang mana postur badan seorang manusia memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian. Sampai macam tu sekali pentingnya postur badan yang betul. Tapi, dalam keadaan sedar tak sedar, masih tak ramai yang sedar.

Apa kesan buruk akibat daripada postur badan yang teruk ni? So posting kali ni saya nak kongsi info 6 kesan buruk akibat postur badan yang teruk. Sebelum tu, cuba anda tengok depan cermin, bagaimana postur anda sekarang? atau anda sedang baca ni sambil duduk membongkok? hmm..

6 Kesan Buruk Akibat Postur Yang Teruk

1) MENYEKAT SISTEM PENGHADAMAN

Terkejut tak? Bahu kita yang jatuh ke bawah macam tak makan sehari tu sebenarnya boleh membawa kepada sistem penghadaman yang teruk. Bila kita duduk membongkok, usus kita pun akan terlipat sama, ini bukan cerita rekaan tau, tapi ini dikatakan oleh Steven Weiniger, seorang penulis “Stand Taller-Live Longer”.

Bila duduk atau berdiri membongkok, ia memperlahankan seluruh proses sistem penghadaman kita, sebab itu ada sesetengah orang badan tak gemuk pun tapi perut buncit. Anda la siapa lagi?!

BACA JUGA :: Selalu Lenguh-Lenguh Badan Dan Sakit Saraf, Jom Amalkan Rebusan 2 Bahan Ni

postur badan

2) MEMBERI KESAN TERHADAP MOOD ANDA

Kalau anda dengar ni, macam tak logik, kan? Apa kena-mengena dengan tahap kegembiraan pula? Menurut seorang guru Yoga, Carol Krucoff, postur badan yang teruk memang akan memberi kesan ‘moody’ kepada kita.

Bak kata pepatah orang putih, “Someone weak is “spineless” while someone proud has “backbone”.

Kajian di US ada membuat 1 test, dimana peserta diminta untuk berjalan dalam keadaan membongkok dan tidak membongkok. Yang berjalan membongkok memang mengalami masalah depressi dan nampak tak bermaya. Memang logik pun, bila kita berjalan dalam keadaan bahu jatuh dan membongkok, automatik muka kita pun jadi muram.

3) MENJEJASKAN PRESTASI KERJA

Siapa sangka membongkok ni boleh membuatkan orang tengok kita macam kita ni tak ada semangat dan malas. Kita pun taknak orang expect kita macam tu, kan?, masuk pejabat dengan berjalan macam orag malas (walaupun kita tak berniat macam tu pun) tapi disebabkan postur badan yang agak teruk tu, kena hadap la apa orang kata. Kata seorang penulis postur ‘Get It Straight(Janice Novak)’, “The best way you can improve your posture for the long term is by strengthening your muscles mid-back”. Maksudnya, kena exercise lah!

4) KELIHATAN BADAN LEBIH BERAT

Boleh imagine tak, bila kita duduk, kita memang akan ‘slouched over’, kita akan duduk macam orang malas, dan kadang2 tu memang membongkok pun. Novak kata, bila kita duduk macam tu semua organ dalaman akan turun ke bawah, dan kita memang akan nampak lebih gempal.

Pendek cerita, nampak lebih GEMUK! Perasan tak, ketika ambil gambar ketika duduk tanpa postur yang betul, kita akan nampak lebih besar? Tiba2 eh?? Kenapa nampak gemuk ni dalam gambar!

5) SPIDER-VEINS

Bila selalu sangat duduk lama, bukan saja punggung jadi kebas, tapi kaki dan satu badan pun boleh jadi kebas, betul tak? Kadang2 sampai bahu pun jadi lenguh, leher jadi sakit, bukan apa, badan kita ni menggerakkan cecair dan gas ke seluruh badan. So, bila duduk lama2, tambah2 bila kita silang kaki, memang mudah nak dapat spider veins ni. Ngeri tak?

Dah la nampak gemuk, nampak gempal, kaki pulak ada urat2 macam ni. Gila, siapa tak stress. Pelik tapi benar, kan? Tak sangka hanya dengan postur badan yang salah, teruk juga kesannya kepada tubuh badan kita. Pastinya kita tak nak semua ni berlaku dekat badan kita. Apetah lagi di usia muda ni! Bukan apa, badan nak pakai lama tau.

6) BERTAMBAH STRESS

Nak relaks memang kena duduk straight! Pernah tak, kita rasa lenguh2 je masa duduk lama dan mulalah cuba betulkan posisi duduk kita macam orang sedang rimas. Ini 1 info agak penting la sebenarnya, bila kita duduk or berdiri dalam keadaan membongkok, ia akan menghadkan paru2 dan jantung kita untuk berfungsi dengan lancar.

Ini akan memaksa kita bernafas lebih kencang dan mendalam untuk mencepatkan penyediaan darah menghantar oksigen ke seluruh tubuh.

Kredit: SPINEED

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here