Waspada Inilah 10 Barang Yang Dilarang Simpan Dalam Kereta. Jangan Ambil Mudah!

Ada sesetengah pemilik kereta suka buat kereta ni macam rumah, kalau boleh peti ais pun nak di sumbat masuk dalam kereta. Meskipun kita memiliki banyak ruang kosong di dalam kereta ini tidak bermakna kita boleh menyimpan segala barang keperluan atau dokumen penting di dalam kereta.

Menyimpan barang yang tak sepatutnya bukan sahaja merosakkan barang tersebut kerana suhu panas di dalam kereta tetapi boleh juga membahayakan nyawa anda!

Disini kami kongsikan 10 barang yang di larang simpan di dalam kereta:

1) Ubat-ubatan

Apa sahaja jenis ubat terutama pil-pil yang diperoleh daripada doktor tidak boleh disimpan di dalam kenderaan. Apabila cuaca panas, suhu dalam kenderaan juga meningkat sekali gus mengubah struktur molekul dalam ubat-ubatan. Akibatnya, keberkesanan ubat tersebut akan berkurangan.

2) Botol air plastik

Plastik diperbuat daripada bahan sampingan petroleum! Para penyelidik Jerman juga menemukan bahan digelar ‘pengganggu endokrin‘ di dalam botol polietilena terephtalate (PET). Bahan tersebut berpotensi untuk menggugat estrogen dan hormon pembiakan lain di dalam tubuh manusia. Justeru apabila ia terdedah kepada cuaca panas (berbanding disimpan di persekitaran bersuhu bilik), bahan berbahaya dalam botol plastik akan terlerai dan meresap ke dalam air.

3) Kaca mata

Anda terkejut bukan? Selama ini kita memang menyimpan kaca mata khususnya cermin mata hitam di dalam kenderaan bagi memudahkan penggunaannya di siang hari.

Namun adakah anda perasan hanya selepas beberapa penggunaan, bingkai dan pelipis (temple) kaca mata anda mengalami perubahan bentuk?

Suhu panas di dalam kenderaan akan melembutkan apa sahaja bingkai yang diperbuat sama ada daripada plastik, asetat atau nilon. Akibatnya kaca mata anda akan longgar apabila dipakai.

4) Penyembur rambut

Bukan penyembur rambut sahaja, malah apa jua barangan mudah terbakar jangan sesekali ditinggalkan dalam kenderaan.

Anda sendiri tahu kesannya bukan? Ia akan meletup dan merisikokan keselamatan kenderaan.

5) Telefon pintar

Peralatan elektronik seperti telefon pintar, pemain MP3, iPad dan semua daripada kelompoknya juga tidak boleh ditinggalkan dalam kenderaan.

Suhu panas yang terkumpul di dalam kenderaan akan merosakkan fungsi gajet elektronik anda terutamanya bateri.

Maka usah bising kalau jangka hayat bateri anda semakin pendek sekiranya anda tergolong dalam individu yang kerap meninggalkan telefon pintar di dalam kenderaan.

6) Pemetik api

Ketika cuaca panas, pemetik api yang ditinggalkan dalam kenderaan boleh mengundang bahaya. Biarpun kecil, ia boleh meletup akibat tekanan ekoran peningkatan suhu di dalam kenderaan. Akibatnya, cermin kenderaan anda mungkin merekah atau meninggalkan lubang pada kerusi.

7) Minyak wangi

Janganlah tinggalkan minyak wangi di dalam kenderaan. Apa guna anda membeli haruman berjenama pada harga yang mahal jika akhirnya bauannya berubah?

Suhu panas dalam kenderaan akan menyejat bauan daripada minyak wangi. Maka minyak wangi pun bertukar menjadi minyak tanpa haruman.

8) CD dan DVD

Cakera padat (CD) atau cakera video digital (DVD) bukanlah barangan asing di dalam kenderaan. Kebiasaannya kita akan menyimpan CD lagu kegemaran di dalam kompartmen yang terletak di bahagian tempat duduk penumpang depan.

Namun tahukah anda jika disimpan terlalu lama di dalam kenderaan dan terdedah kepada cuaca panas, ia akan meleding (melengkung)? Maka terpaksalah anda membeli CD baharu bagi menggantikan CD yang rosak.

9) Lipstik

Wanita memang gemar meninggalkan alat solek di dalam kenderaan terutamanya lipstik. Kebiasaan itu mesti dikikis kerana lipstik mudah mencair apabila terdedah kepada cuaca panas.

10) Surat dan dokumen beralamat

Apa sahaja surat atau dokumen (bil elektrik atau air) sering ditinggalkan di dalam kenderaan.

Anda perlu berwaspada kerana kesilapan kecil ini boleh mengundang padah. Surat dan dokumen lengkap beralamat serta mempunyai maklumat peribadi termasuk nombor kad pengenalan mesti dielakkan daripada disimpan di dalam kenderaan.

Sekiranya kenderaan anda dipecahkan atau dilarikan pencuri, maklumat penting tersebut berkemungkinan besar untuk disalah guna.

# penyelesaiannya beli kereta warna putih..atau pasang tinted yg paling mahal supaya kereta tak panas.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. TQ

Komen Anda...

Add Comment