Cara Buat Kentang Goreng Yang Crunchy, Tak Lembik Lepas Angkat

Siapa saja yang tak suka makan kentang goreng, hampir tiap minggu kita makan hidangan ini di restoren makanan segera.

Dapat pula yang rangup memang best. Tapi bila buat sendiri selalu tak menjadi. Mesti lembik lepas goreng. Dah sejuk lagilah.

Rupanya nak dapatkan kentang goreng yang crunchy ada rahsianya. Boleh guna resipi yang dikongsi oleh Suhaniza Isenen ini. Kentang goreng ini memang jadi kegemaran anak-anaknya.

Cara buat kentang goreng yang crunchy

Bahan-bahan:

  • Kentang
  • Serbuk roti
  • Tepung serbaguna Bestari
  • Minyak untuk menggoreng

BACA JUGA :: 8 Manfaat Rawatan Kecantikan Dengan Kentang Yang Mudah Dan Berkesan Tapi Ramai Yang Tak Tahu.

Cara membuat:

1. Masa beli kentang pilih kentang yang permukaannya baik dan licin. Menandakan kentang ini baru, tak lembik dan segar.

2. Kupas dan potong ikut saiz yang kita nak.

3. Rebus kentang seketika jangan terlalu lama (agak-agak menggelegak terus angkat). Kalau hirisan tebal kita boleh rebus, jika tak boleh skip langkah ini.

4. Angkat dan sejukkan dalam air berserta ais dalam 5 minit.

5. Toskan air. pastikan kentang kering atau tidak terlalu banyak air.

6. Kemudian gaul dengan tepung Bistari dan serbuk roti sehingga melekat. Goreng secara ‘deep fried’.

7. Angkat dan toskan lebihan minyak. Sedia untuk dinikmati.

Alhamdulillah. Siap!

kentang gorengBoleh dinikmati dengan sos pilihan korang. Nak makan begitu saje pun boleh dah. Dah makan mesti sampai tak cukup. Percayalah!

You might also like
Leave A Reply
Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Your email address will not be published.