Teknik Mudah Cuci Hud Dapur Kelihatan Baru & Berkilat, Elak Dari Berkarat!

Biasanya apabila hujung minggu ramai suri rumah mengambil kesempatan mencuci ruang dapur, maklumlah selama seminggu digunakan untuk memasak menu untuk keluarga pastinya tidak sempat untuk membersihkan keseluruhan ruang dapur.

Bahagian paling banyak dan kerap digunakan pastinya dapur memasak. Pelbagai tumpahan boleh berlaku nak pula kalau memasak sup ataupun makanan bergoreng yang menyebabkan dapur mudah berminyak dan kotor.

Dapur masakan mempunyai pelbagai bahagian dalaman dan luaran. Bahagian hud dapur kebiasaannya terlepas pandang untuk dibersihkan. Lama-kelamaan bahagian itu boleh mengumpulkan sisa makanan, tumpahan kuah, minyak dan sebagainya yang menimbulkan kekotoran yang sukar dibersihkan.

Jika dibiarkan kekotoran ini akan lebih kuat melekat dan boleh menyebab cat dapur masak tertanggal apabila kita ingin mencucinya nanti.

Cara Mudah Bersihkan Hud Dapur Agar Kelihatan Macam Baru!

Selain dari menjadi punca serangga pembawa penyakit ‘singgah’ di bahagian itu, pemilik rumah juga hadapi besi hud dapur mulai berkarat. Jadi bagaimana mahu membersihkan hud dapur anda supaya kelihatan baru semula, Ini langkahnya;

BACA JUGA :: Tip Dan Langkah Selamat Sebelum Menggunakan Dapur Kaca, Jangan Sampai Pecah Berderai!

Bahan-bahannya:

  • Garam kasar
  • Cuka/ jus lemon
  • Serbuk baking soda
  • Pencuci pinggan mangkuk
  • Air panas

Cara-caranya:

1. Asingkan terlebih dahulu bahagian grate (besi meletakkan periuk kuali) dan rendamkan ia semalaman di dalam sinki yang telah disediakan takungan air panas dan diletakkan sedikit pencuci pingan mangkuk.

2. Setelah itu, sediakan cuka dan yang dicampurkan sedikit dengan air dan pindahkan bahan tersebut ke dalam bekas penyembur. Sementara menunggu bahagian grate direndam, semburkan campuran tersebut ke bahagian badan hud dapur anda. Lap dengan menggunakan kain mikrofiber.

3. Setelah anda habis mengelap, bahagian grate itu tadi kemudiannya ditaburkan dengan serbuk baking soda. Untuk pembersihan maksimum, tambahkan dengan cuka atau jus lemon di atas grate yang telah dilapisi dengan serbuk baking soda.

4. Setelah 30 minit, cuci bahagian tersebut dari sisa-sisa serbuk baking soda dan bahan-bahan lainnya sehingga hilang.

5. Letakkan semula grate itu dan anda akan dapati hud dapur anda seperti baru kembali. Selamat mencuba!

Mudahkan, anda boleh melakukannya sendiri tanpa perlu membayar pakar pembersihan rumah. Malahan kita tidak menggunakan apa-apa bahan kimia yang membahayakan.

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

2 × four =