Resepi Sambal Halia Buang Angin Dalam Badan

Bila ada masalah angin dalam badan, adakalanya memang boleh mengganggu aktiviti harian kita. Paling tidak selesa apabila kita bangun dari tidur meskipun tempoh tidur yang lama badan menjadi semakin lesu dan mengalami sakit pada sendi.

Angin dalam badan boleh menjadi punca kepada pelbagai penyakit lain tanpa kita sedari. Jadi tidak boleh dibiarkan dan kita perlu mencari cara mengeluarkan angin dengan teknik yang mudah dan mampu dilakukan dirumah.

Di sini kami ingin kongsikan sambil makan pun anda boleh membuang angin dalam badan. Lebih mudahkan tak perlu nak bersenam atau menyapu minyak-minyak angin yang panas ke badan anda!

Siapa yang rasa badan dia banyak angin boleh cuba makan makanan ni:

Resipinya:

  • 1 ketul halia (lebih kurang1/2 tapak tangan)
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 sudu makan daun bawang – hiris
  • 3 sudu makan minyak masak
  • Sedikit garam

Cara:

  1. Blend halia dan bawang putih + air sikit.
  2. Tapis dan buang airnya.
  3. Masukkan sedikit garam dan daun bawang. Kacau rata.
  4. Panaskan minyak 3 sudu tadi sampai betul-betul panas lepas tu curahkan minyak panas dalam halia yang dah siap tadi. Kacau sebati.
  5. Siap.

Nota:
Boleh makan macam makan sambal belacan tu dengan nasi tapi nak lagi best makan dengan nasi ayam.

Option:
Kalau tambah minyak bijan sikit mesti bau dia lagi wangi dan segar. (ni untuk siapa yang sukalah.. tak paksa pun)

Kredit Mazliza Ahmad

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. TQ

Komen Anda...

No Responses

Add Comment