Resepi jeruk halia untuk buang angin.

Seperti bawang putih, halia juga mempunyai banyak kelebihan. Selain digunakan sebagai penambah perisa dalam masakan, jeruk halia juga baik untuk kesihatan kita. Khasiat halia juga sudah turun temurun kita tahu keberkesanannya untuk membuang segala angin dalam badan.

Nama botani untuk halia adalah Zingiber Officinale Roscoe. Halia dikatakan mengandungi banyak sumber vitamin seperti Vitamin A, B dan C, karbohidrat, kalsium dan juga protein.

Kebiasaannya khasiat halia berguna untuk rawatan angin dalam badan. Sesiapa yang rasa badan ada banyak angin terutamanya wanita lepas bersalin, eloklah minum air rebusan halia. Rebus sendiri air halia tu rasanya lebih sedap dan lebih mujarab berbanding air halia jenis instant yang dijual kat kedai yang agak kurang tulen.

Kali ni kami nak kongsikan cara untuk buat jeruk halia yang lebih mudah disediakan dan tahan lebih lama, tak perlu lah setiap kali nak dapatkan khasiat halia baru nak buat. Nak buat jeruk halia ni kena guna halia muda baru sedap sebab ia tak bersabut dan kurang rasa pedas.

 

Cara buat jeruk halia

[sociallocker id=”6768″]

1. Halia Muda Memang Berbeza Dengan Halia Tua?

Ramai yang bertanya-tanya adakah halia yang lebih pedas adalah lebih bagus untuk kesihatan.

Halia Muda:

  • Lebih manis, berjus
  • Lebih digunakan dalam masakan

Halia Tua:

  • Lebih pedas dan banyak serat
  • Kandungan aktif gingerol lebih banyak dan mampu memanaskan badan, mengurangkan kesakitan.

cara buat jeruk halia, khasiat jeruk halia, jeruk halia muda, khasiat halia muda, resepi halia muda, resipi jeruk halia muda

2. Bahan-bahan diperlukan:

  • 200g halia muda
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 cerek air panas
  • 1 cawan (200ml) cuka
  • 70g gula ( kalau tak mahu gunakan gula boleh gantikan dengan 1 biji buah apple atau pear)

3. Cara menyediakan dan memasak:

  1. Masukkan cuka, garam dan gula ke dalam mangkuk. Kacau sampai gula hancur.
  2. Didihkan 1 cerek air.
  3. Potong nipis-nipis halia. Lagi nipis lagi sedap.
  4. Letakkan halia ke dalam penyejat. Curahkan air panas ke atasnya.
  5. Semasa masih panas tu masukkan terus halia ke dalam cuka masam manis tadi. Halia akan berubah jadi warna pink.
  6. Biarkan beberapa hari. Lagi lama lagi rasa sedap.cara buat jeruk halia, khasiat jeruk halia, jeruk halia muda, khasiat halia muda, resepi halia muda, resipi jeruk halia muda

Apakah Khasiat Jeruk Halia Dari Segi Kesihatan?

1. Halia dan sistem immunisasi.
Halia adalah antioksida. Berkesan saperti antibiotik bila dimakan atau disapukan. Bahan-bahan gingerol dan shogaol dalam halia dikatakan boleh bertindak membasmi, menyekat pertumbuhan dan penyebaran sel-sel kanser prostat, usus, payudara, dan ovari.

2. Halia membaiki penghadaman dan penyerapan makanan.
Bantu rawat penyakit usus digelar ‘irritable bowel syndrome’. Gunakan halia dalam sajian makanan setiap hari atau minum teh halia atau makan pil halia.

BACA JUGA: 3 Bahan Masak Ini Singkir Angin Berlebihan dan Bisa Urat Saraf

3. Halia merangsang sistem aliran darah.

  • Mengurangkan kolesterol.
  • Kurangkan kepekatan darah Seterusnya cegah serangan jantung.
  • Membersih darah dan cegah bekuan darah.
  • Cegah angin akhmar.
  • Mencegah penyakit tua dan nyanyuk / alzheimer dengan amalan makan halia.

4. Bantu kurangkan berat badan.

  • Halia boleh memulihkan selera makan kepada makanan yang berkhasiat dan berzat. Ia boleh mengurangkan lemak pada badan kita.
  • Halia membantu stabilkan imbangan gula dalam darah.
  • Air halia mempercepatkan pemulihan otot-otot yang keletihan selepas bersenam.

5. Mengurangkan rasa loya dan muntah
Khususnya ketika hamil diperingkat awal, lepas bedah, ketika dalam perjalan jauh naik pesawat, bas, kereta atau kereta api. Begitu juga penghidap masalah ‘motion sickness’ . Amalkan minum teh halia.

6. Mengurangkan kesakitan sendi bagi pesakit2 arthritis.
Halia mengawal inflamasi/ radangan yang berlaku berterusan pada pengidap arthritis dan gout.

7. Mengurangkan gejala selsema, kahak dan lendir pada hidung dan saluran pernafasan serta sinus. Teh halia juga mengurang bau mulut.

8. Kurangkan ‘angin’ dalam badan, perut dan usus. Halia juga melancarkan aliran darah.

9. Mempercepat pemulihan/ healing lepas bedah atas sifatnya yang anti inflamatory. Memang jadi amalan orang2 timur khususnya kaum cina untuk memasak lauk ikan, ayam atau daging secara steaming atau rebus dengan gunakan banyak halia dan bawang untuk mereka lepas bersalin atau lepas pembedahan.

10. Ada yang mengatakan minum teh halia atau makan halia dalam sajian makanan harian boleh meningkatkan daya seksual.

Anda suka dengan artikel cara membuat jeruk halia ini? Apakata anda kongsikan artikel ini dengan kawan-kawan yang lain. Boleh bertambah ilmu pengetahuan ini dan membantu mereka buang angin dalam badan. Jangan lupa follow Telegram kami!

BACA JUGA: Resepi Sambal Halia Buang Angin Dalam Badan

[/sociallocker]

Nota angin kentut : Apa pandangan anda? Mohon kongsikan diruang komen fb atau komen blog dibawah. Sharekan petua ibu untuk manfaat rakan-rakan kesayangan anda 🙂

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

two × 3 =