Ramai Ibu Bapa Pening Anak Nak Masuk Pra Sekolah, Tolong Baca 4 Tip Ni

Bila anak-anak makin membesar, ibu bapa ​sudah pasti mengambil kira tentang pendidikan anak. Contohnya, pemilihan pra sekolah yang terbaik ​bagi memastikan anak-anak mendapat pendidikan yang sewajarnya pada peringkat awal.

Memang pada mulanya ibu bapa bakal mengalami cabaran yang hebat untuk memujuk anak-anak pergi ke pra sekolah. Disebabkan mereka terlalu lama di rumah bersama ibu bapa, mestilah perlukan sokongan yang padu daripada ibu bapa sendiri.

MAKANAN BERKHASIAT UNTUK ANAK-ANAK YANG AKAN MULA PRASEKOLAH

Apabila anak anda dah bersedia untuk masuk pra sekolah, banyak sebenarnya perkara yang perlu dititikberatkan. Paling penting adalah penyediaan makanan yang sihat untuk mereka. Ini kerana makanan yang berkhasiat juga memainkan peranan penting untuk membantu kecerdasan anak-anak.

Pemakanan yang lengkap juga boleh membantu perkembangan fizikal dan mental yang optimum. Perkara ini juga amatlah penting bagi memastikan anak-anak kekal aktif dan bertenaga semasa pra sekolah dan jika anak anda susah untuk makan, anda boleh cuba untuk guna alternatif lain untuk pastikan dia makan makanan yang berkhasiat.

8 MINGGU SEBELUM

persediaan anak masuk sekolah, anak masuk tadika, anak masuk darjah 1, anak masuk sekolah rendah, pendidikan anak, pemilihan pra sekolah

Adakah pembesaran anak anda berada di tahap yang betul? Kalau anda tidak pasti, boleh mula ambil ujian dengan aplikasi tracker yang sangat membantu iaitu Growth Wheel-For-Age. Boleh klik terus di link ini!

1. MENGAMBIL UJIAN PERTUMBUHAN ANAK

Pastikan anak-anak anda membesar dengan sihat dan mengikut pertumbuhan yang betul dan sihat sebelum mereka memulakan pra sekolah. Boleh juga rujuk pakar pediatrik atau bercakap sendiri dengan pakar pemakanan PediaSure sekiranya anak anda mengalami masalah pembesaran yang normal di 1800 88 6233.

2. PASTIKAN MEREKA SUDAH MEMBIASAKAN DIRI

Selain itu, ibu bapa juga boleh mengajar mereka untuk tidur lebih awal supaya mereka tidak akan mengalami masalah untuk memulakan persekolahan nanti.

3. KEMAHIRAN BANTU DIRI JUGA PENTING UNTUK SI KECIL

Kalau boleh, anda bawa anak-anak melawat sekolah mereka terlebih dahulu. Berikan mereka vibe yang seronok dan exciting supaya ianya boleh menaikkan lagi semangat mereka. Jangan lupa untuk ajar mereka bangun tidur pada waktu yang tepat supaya tidak lambat ke sekolah.

4. PENJAGAAN PERUBATAN YANG BETUL BILA DI SEKOLAH

Pastikan anda maklumkan kepada pihak pra sekolah anak mengenai ubat-ubatan yang sesuai diambil untuk anak-anak anda jika mereka mengalami masalah kesihatan ketika berada di sekolah. Ini bagi mengelakkan cikgu dari tersalah beri ubat.

2 MINGGU SEBELUM

pra sekolah

1. MELETAKKAN NAMA DI SEMUA BARANGAN MILIK ANAK ANDA

Pastikan barangan milik anak anda telah dilabel dengan nama mereka bagi mengelakkan pertukaran barang dengan pelajar yang lain ataupun hilang. Maklumlah, anak kecil memang sukar untuk menyimpan barangan milik mereka dengan baik. Tapi anda juga boleh ajar mereka untuk terus menyimpan setelah menggunakannya.

2. BANTU MEREKA UNTUK MENAIKKAN LAGI CONFIDENT UNTUK KE SEKOLAH

Anak kecil memang mudah hilang fokus dan confident level yang sangat rendah apabila disuruh untuk ke sekolah. Waktu bersama ibu bapa membuatkan mereka merasakan sentiasa ingin dikelilingi oleh ibu bapa. Tapi jangan risau, anda boleh menaikkan confident level mereka dengan menjawab semua pertanyaan yang ditanya oleh anak-anak.

3. PILIH OUTFIT YANG TERBAIK UNTUK MEREKA

You are what you wear – Anak-anak lebih selesa jika ibu bapa memilih outfit untuk dipakai ke sekolah. Ibu bapa memainkan peranan yang tinggi dalam memilih outfit, pastikan ianya selesa dan tidak nampak terlalu berlebihan untuk ke sekolah.

4. TIADA ISTILAH ‘TAPI’ DALAM KAMUS

Pastikan anak anda tidur mengikut jadual waktu yang telah ditetapkan tanpa sebarang alasan!

BACA JUGA: Jangan ‘Kalut’ Hantar Anak Ke Tadika Terlalu Awal. Ini 5 Sebabnya

HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN

Bila tiba hari persekolahan, ini antara perkara penting yang perlu dipastikan supaya hari pertama anak anda di pra sekolah menjadi lebih baik. Jangan terlepas check-list ini ya!

  1. Beg sekolah
  2. Lunch box (menu: cereal, roti, pasta, buah-buahan, sayur-sayuran dan sebagainya)
  3. Alat-alat tulis dan pensil warna
  4. Baju extra
  5. Botol air (pastikan air dah refill ya)
  6. Baju yang sudah di gosok dengan kemas
  7. Kasut yang bersih dan stokin yang tidak berbau
  8. Handkerchief

BILA SEMUA DAH LENGKAP TERSEDIA, ADA YANG IBU BAPA TERLEPAS PANDANG. APA YA?

Admin nak sentuh sedikit tentang pemakanan yang betul untuk anak-anak kita. Biasanya kita akan sediakan makanan yang mudah dan simple je untuk anak-anak sebab kesuntukan masa, betul tak?

Sebab rushing untuk pergi kerja, hantar anak ke sekolah, tempuh jammed yang agak teruk di waktu pagi dan sebagainya. Namun, pemilihan makanan untuk mereka juga perlu dititikberatkan juga ya! Tapi kalau anak yang memilih makanan (picky eaters) susah juga.

Kalau boleh masak lah sendiri untuk anak anda, walaupun kita masih tidak tahu menu yang sesuai dengan tekak anak semasa di pra sekolah tolong jangan give up. Wajib 6 bulan pertama untuk bekalkan makanan yang berkhasiat dan sampai masanya anda akan mempunyai jadual menu mingguan yang lengkap untuk anak anda!

BACA JUGA: Anak Kurang Selera Makan? Boleh Cuba Himalayan Bonnisan

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

four × one =