Petua Air Kelapa Muda Supaya Tanaman Cepat Berbuah

Bagi yang suka bercucuk tanam mestilah mahu melihat perkembangan positif pokok yang kita tanam, betul tak? Bukan mudah nak memastikan anak pokok yang kita tanam terus hidup dan mendatangkan hasil tidak kiralah pokok bunga atau pun pokok buah.

Geram tak tengok pekebun-pekebun di Thailand pokok buahnya yang masih muda tapi buah merimbun. Malah ada buah lebih banyak dari daun. Ada orang kata mereka guna baja kimia. Tapi hakikatnya bahan mudah diperolehi ini yang digunakan untuk membuat hormon penggalak buah. Anda patut cuba.

Bahan-bahan:

  • 2 kg Kulit telur dibasuh bersih dan dikeringkan
  • 2 kg Gula Perang
  • 1 biji Ragi tapai
  • 1 botol Yakult
  • 2 kotak Susu segar
  • 2 biji Air kelapa muda

Cara-cara:

  1. Kisar halus kulit telur dengan mengunakan pengisar kering
  2. Adun kesemua bahan bersama di dalam satu bekas
  3. Peram selama 14 hari dan perlu dikacau sekurang-kurangnya 2 hari sekali
  4. Selepas 14 hari, saringkan bahan untuk mengambil pati air perapan
  5. Buangkan daun-daun yang terlalu matang pada pokok yang bakal disembur
  6. Gunakan 10 ml pati bersama 20 Liter air dan semburkan pada permukaan daun seminggu sekali

Boleh cuba buat sendiri memandangkan semua bahan-bahan yang diperlukan kita boleh perolehi dengan mudah. Tak cuba tak tahu kan?

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. TQ

Komen Anda...

Add Comment