Inilah 9 Pekerjaan Yang Paling Menggemukkan Badan
Satu kajian terbaru yang dikendalikan oleh Harris Interactive menemui bahawa pekerjaan yang melibatkan tahap tekanan yang tinggi dan pergerakan harian yang terhad mempunyai peratusan yang tinggi untuk menjadikan seseorang itu gemuk.
Jika dikaji secara saintifik, dakwaan ini sememangnya berasas. Kerja yang melibatkan tahap tekanan yang tinggi memberikan tekanan luar biasa kepada badan, lalu menyebabkan badan anda merembeskan hormon yang dikenali sebagai kortisol.
Hormon ini akan menyebabkan anda terlebih makan, atau makan makanan yang tidak sihat. Peningkatan hormon ini dalam badan juga meningkatkan tahap insulin anda, merendahkan tahap gula dalam darah, yang menyebabkan anda teringin memakan makanan manis dan berlemak. Anda lebih cenderung untuk makan kek dan kentang goreng, daripada memakan makanan sihat seperti buahan atau salad.
Kami ingin berkongsi dengan anda 8 pekerjaan yang mempunyai kebarangkalian yang paling tinggi menyebabkan kegemukan, dan nyatakan pendapat anda, sama ada anda setuju atau tidak.
1. Doktor / Jururawat
Memang tidak syak lagi, kerja sebagai ahli medikal sememangnya antara kerja yang paling mencabar di muka bumi. Apa lagi yang menyedihkan adalah terdapat kes-kes bunuh diri akibat tekanan kerja. Namun bukan itu yang kita mahu bincangkan. Tekanan di hospital sememangnya tinggi, sama ada daripada pegawai atasan, pesakit, mahupun waktu bekerja yang tidak menentu. Selain daripada tekanan, waktu kerja yang lama dan tidak menentu yang menyebabkan tidur yang tidak cukup dan menentu juga menyumbang kepada penambahan berat badan.
2. Guru
Tidak asing lagi pekerjaan ini sering dikaitkan dengan kegemukan. Apabila terdengar perkataan guru, apakah yang berada di minda anda? Mesti anda terfikir seorang guru yang sedang duduk di mejanya bukan? Menurut kajian, guru-guru lebih terdedah untuk menambah berat badan mereka kerana banyak menghabiskan masa bekerja di meja mereka. Terdapat juga guru yang mengajar dengan hanya duduk di atas kerusi. Juga, kerja-kerja lain seorang guru seperti menyediakan rancangan pembelajaran, menanda kertas dan sebagainya mengehadkan pergerakan seharian mereka lalu menyumbang kepada kegemukan. Juga tidak terlepas daripada mengalami tekanan di tempat kerja akibat pelajar-pelajar nakal yang sukar dikawal, serta kerenah ibu bapa yang meletakkan tugar mengajar seratus-peratus di bahu guru-guru.
3. Peguam
Jika anda seorang peguam, pasti anda setuju yang kerja anda sememangnya memberikan tekanan pada diri anda. Seorang peguam perlu menyelidik dengan lebih mendalam tentang sesuatu kes, dan menyemak kembali semua undang-undang yang terlibat, serta mencari cara untuk memenangi sesuatu kes. Bukan satu tugas yang mudah. Ia membuatkan mereka tertekan dan cenderung untuk makan berlebihan.
4. Agen Pelancongan
5. Arkitek, Pereka, Pelukis
6. Pembantu Tadbir
Kerja yang tidak banyak melibatkan pergerakkan, hanya berada di depan komputer setiap masa. Kerja ini dikaitkan dengan tekanan yang tinggi serta kebimbangan seharian. Ia juga menyebabkan mereka tidak mempunyai banyak masa yang menyebabkan mereka terpaksa makan ketika membuat kerja, iaitu di hadapan komputer.
7. Saintis
Pekerjaan yang memerlukan intelektual biasanya berkait rapat dengan sesuatu yang tidak banyak bergerak, kerana mereka lebih banyak menggunakan otak. Disebabkan saintis-saintis bersungguh-sungguh mempelajari dan membuat penemuan baru, pekerjaan ini selalunya membuatkan mereka untuk mengabaikan pemakanan yang sihat. Tiada masa untuk memikirkan tentang pemakanan kerana sibuk bekerja. Seperti contoh, di NASA, mereka menggalakkan saintis-saintis bersenam ketika waktu bekerja dan menganjurkan program kurangkan berat badan.
8. Ahli IT
9. Pegawai Pemasaran Dan Perhubungan Awam
Bagi mereka yang bekerja dalam bidang ini, mereka tidak mempunyai jadual yang tetap. Mereka juga tidak mempunyai rutin untuk diikuti, dan juga tidak ada tarikh akhir untuk sesuatu pekerjaan. Namun, mereka perlu menghadiri majlis-majlis yang diadakan, dan kebanyakan daripada majlis-majlis ini menhidangkan makanan yang manis dan berlemak. Sebab itulah bidang ini termasuk dalam senarai pekerjaan yang menggemukkan.
Adakah pekerjaan anda tersenarai dalam senarai ini? Dan apa pendapat anda, adakah anda bersetuju, atau tidak?