Awas Serangan Jantung Disebabkan Kolesterol Tinggi Meskipun Anda Kurus, Semak 7 Tanda Ni

Awas Serangan Jantung Disebabkan Kolesterol Tinggi Meskipun Anda Kurus, Semak 7 Tanda Ni | Jika anda tidak mahu berisiko mengalami pelbagai penyakit kerana kolesterol , maka anda harus berwaspada ciri ciri kolesterol tinggi sejak awal .

Gangguan kesihatan yang biasanya dialami oleh orang dewasa ataupun warga tua ini adalah sebuah gangguan kesihatan yang banyak berisiko untuk menimbulkan terjadinya penyakit lain yang lebih kronik .

Cuba tengok wajah sendiri ada tak bintik-bintik putih kecil yang timbul sekitar mata? Atau benjolan warna kuning pada hujung kelopak mata. Kalau ada jaga-jaga, kemungkinan besar tahap kolesterol anda tinggi.

Ini bahaya untuk kesihatan sebab kolesterol tinggi ini dikaitkan dengan penyakit jantung dan serangan strok. Sekarang dua penyakit ini sudah dihidapi ramai golongan muda, dalam lingkungan usia 30-an pun sudah ada yang mengalaminya.

Tanda Kolesterol Tinggi Meskipun Anda Kurus

Tapi selain dari ciri yang disebutkan tadi, ada 6 lagi tanda yang menunjukkan tahap kolesterol tinggi. Kalau rasa simptom di bawah ini ada pada diri atau pun pasangan cepat cepatlah bawa berjumpa doktor untuk pemeriksaan sebelum terlambat.

1. Kaki sering berasa kebas: Ia terjadi kerana darah bergumpal menyebabkan alirannya ke bahagian kaki tidak lancar.

2. Mudah letih dan cepat mengantuk: Peningkatan kolesterol menyempitkan pembuluh darah dan mungkin juga menutupnya. Ini menyebabkan aliran darah yang membawa oksigen ke otak terhalang membuatkan kita cepat mengantuk.

3. Senak dada sebelah kiri : Ini tanda pembuluh darah pada bahagian jantung mula tersumbat akibat kadar kolesterol terlampau tinggi.

4. Sering sakit kepala, rasa berat dan tegang di belakang leher: Arteri yang semakin sempit akan membuatkan aliran darah ke otak berkurangan, sehingga menyebabkan rasa sakit pada kepala.

5. Kaki membengkak : Ini kerana pembuluh darah yang semakin sempit. Kaki merupakan bahagian yang paling sedikit mendapat darah.

6. Timbul bintik-bintik putih (biji lemak) : Ia hadir pada bahagian bawah mata, kawasan wajah atau leher yang berpunca dari kadar trigliserida yang tinggi.

7. Tanda kuning muda: Pada tengah atau hujung kelopak mata – merupakan mendapan kolesterol, ada juga yang mengalami benjolan pada padat siku, tumit atau lutut.

Selalunya kolesterol tinggi ini dikaitkan dengan pemakanan yang berlemak. Sekiranya tanda-tanda dah mula dirasai jaga pemakanan dan agak malang kalau dah tahu petanda ni tapi diabaikan atau tak berjumpa doktor.

Bercakap tentang kolesterol tinggi, ramai yang akan menganggap hanya mereka berbadan gemuk atau berisi sahaja berdepan dengan masalah ini Menurut pakar diet tanggapan itu sebenarnya memang salah berikutan kandungan kolesterol tinggi dalam darah tidak bergantung kepada saiz badan seseorang Justeru itu, tidak pelik jika seorang yang kurus turut mempunyai paras kolesterol yang tinggi

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

16 − eleven =