4 Kesalahan Ketika Cas Telefon Ini Jika Sering Dilakukan Bakal Merugikan Duit Anda! - Petua Ibu

4 Kesalahan Ketika Cas Telefon Ini Jika Sering Dilakukan Bakal Merugikan Duit Anda!

Telefon mudah alih sentiasa digunakan untuk melayari lama sosial, kerana kekerapan penggunaanya kita perlu cas telefon lebih kerap.

Berbanding telefon biasa, telefon pintar memakan banyak tenaga bateri lebih-lebih lagi ketika melayari internet untuk membuka media sosial peribadi atau menonton video di laman Youtube. Akibatnya, kita semua akan berulang kali mengecas telefon kerana kehabisan bateri.

Ketahui 7 Punca Bateri Telefon Cepat Habis Meskipun Anda Kerap Cas Telefon

7. Telefon anda mengesan WIFI secara berterusan

Menerima sambungan internet dari WIFI sememangnya lebih menjimatkan berbanding data telefon yang lazimnya lebih mahal. Lebih-lebih lagi ketika berada di rumah.

Namun seringkali kita terlupa untuk menutup WIFI ketika keluar atau jauh dari rumah, dan ini membuatkan telefon pintar anda mencari WiFi secara berterusan tanpa henti.

Sepanjang perjalanan, malah semasa anda tidur pun telefon akan terus membuat imbasan-imbasan tanpa henti bagi mendapatkan sambungan internet menerusi WIFI berhampiran.

Aktiviti mengimbas kehadiran WIFI ini memerlukan tenaga yang banyak. Jadi, jangan lupa tutup WIFI sebelum keluar rumah atau ketika anda tidak memerlukan sambungan internet supaya telefon anda tidak perlu kerap dicas.

6. Banyak aplikasi yang beroperasi di belakang tabir.
cas bateriAda pelbagai jenis aplikasi yang mempunyai kebolehan untuk beroperasi di belakang tabir tanpa keperluan.

Aplikasi jenis ini perlu dimatikan ketika tidak perlu kerana ia membazirkan tenaga. Oleh itu, anda perlu lihat aplikasi mana yang memakan tenaga paling banyak.

Kebiasaanya telefon pintar mempunyai sistem untuk mengesan aplikasi yang kuat makan bateri. Kenal pasti mana satu aplikasi menelan tenaga yang banyak, dan halang ia dari beroperasi tanpa keperluan.

5. Sistem “auto-sync” terlalu kerap

Sistem “auto-sync” memanglah bagus supaya kita dapat kemaskini terkini dari email, media sosial, website dan lain-lain.

Tapi kalau setiap 5 saat telefon buat “auto-sync” tentulah bateri cepat habis, dan mungkin juga menyebabkan telefon boleh jadi panas.

Sebagai langkah penyelesaian, anda boleh memilih untuk “sync” secara manual. Jadi tak perlulah kemaskini setiap 5 saat, anda boleh buat kemaskini apabila perlu sahaja, atau sekali dua sahaja dalam sehari.

4. Aplikasi lama tidak dikemaskini

Seringkali kita malas untuk dapatkan kemaskini terkini Operating System ataupun Aplikasi yang kita gunakan.

Namun jangan tak tahu, tindakan ini sebenarnya boleh membahayakan telefon pintar di mana aplikasi lama tidak dikemaskini seringkali mempunyai “bug” dan juga boleh menjejaskan jangka hayat bateri.

Caranya tak susah, luangkan sedikit masa untuk muat turun kemaskini terbaru aplikasi yang anda gunakan.

Bagi kemaskini Operating System yang memakan masa lama untuk diselesaikan, pilihlah masa yang sesuai dan tidak mengganggu aktiviti harian, contoh ketika tidur pada waktu malam.

Esok pagi bangun tidur lihat telefon dah siap update.

3. Anda buka banyak aplikasi dan lupa untuk menutupnya ketika tidak digunakan.

Perkara ini sering berlaku, contohnya anda suka membuka aplikasi Facebook, Twitter, Youtube, atau game, dan selepas ia digunakan anda ada urusan lain sehingga lupa untuk menutupnya kembali.

Banyak aplikasi dalam telefon anda memerlukan tenaga yang tinggi untuk berfungsi dan aplikasi ini tidak perlu dibuka sepanjang masa, sebaiknya selepas ia digunakan anda perlu menutupnya semula untuk menjimatkan bateri.

2. Telefon anda ada masalah “hardware,”

Jika semua maklumat di atas sudah diperiksa, langkah sepatutnya sudah diambil malah anda langsung tidak gunakan telefon sepanjang hari, namun, anda tidak pasti kenapa bateri telefon anda masih cepat habis, maknanya mungkin ia disebabkan kerosakan “hardware” dalam telefon anda.

Maka langkah terbaik untuk menyelesaikan masalah ini ialah, pergi ke kedai membaiki telefon dapatkan nasihat daripada mereka yang pakar.

Dalam situasi paling buruk, mungkin telefon anda sudah terlalu lama digunakan dan perlu ditukar dengan yang baru. Maka tak payah pening beli sahaja telefon baru jika kewangan mengizinkan.

1. Keamatan cahaya skrin telefon anda terlalu tinggi

Ini satu lagi punca utama bateri telefon pintar cepat habis. Sila perhatikan keamatan cahaya pada skrin telefon anda. Jika “brightness” terlalu tinggi maka jangan hairanlah telefon anda kuat makan bateri dan perlu kerap dicas.

Penyelesainnya ialah, pilih “auto brightness,” dengan cara itu sistem pengesan cahaya dalam telefon pintar anda, akan menyesuaikan keamatan cahaya berdasarkan keamatan cahaya sekeliling.

Ketika berada di tempat yang terang, keamatan cahaya telefon anda akan ditingkatkan secara automatik, begitu sebaliknya, jika anda berada di tempat yang lebih gelap, keamatan cahaya akan diturunkan juga secara automatik.

Dengan cara itu, bateri telefon anda tidaklah dibazirkan kepada perkara-perkara yang tidak perlu.

Namun, selain dari 7 punca di atas terdapat beberapa kesalahan yang dilakukan oleh pengguna smartphone ketika mengecas telefon sehingga boleh memudaratkan ketahanan bateri.

Penulis ingin kongsikan 4 kesalahan yang seringkali dilakukan anda saat mengecas telefon pintar buat tatapan para pembaca. Check it out!

4 KESALAHAN KETIKA CAS TELEFON YANG BOLEH MERUGIKAN PENGGUNA

1. Guna Pengecas Sembarangan

Walaupun tempat pengecasan pada telefon pintar masa kini lebih universal, ianya tidak bermakna anda perlu sesuka hati menggunakan sebarang pengecas. Setiap telefon memiliki pengecas yang mempunyai spesifikasi tersendiri khususnya kapasiti kuasa dan arus yang kuat.

Jika memakai pengecas yang tidak sepadan dengan spesifikasi telefon boleh mengurangkan prestasi bateri telefon pintar anda.telefon terlebih cas, telefon panas semasa cas, cara cas telefon yang betul, tip cas telefon, cas bateri

2. Terlalu Bergantung Pada Power Bank

Rata-rata, masyarakat dunia hari ini memiliki power bank masing-masing. Power bank dilihat sebagai satu penyelesaian yang praktikal kerana kita semua boleh melakukan proses cas telefon di mana jua berada. Namun, apabila kerap menggunakannya untuk mengecas semula telefon pastinya mendatangkan kemudaratan kepada hayat bateri telefon anda.

Alasannya, power bank yang mudah alih atau portable lebih berisiko untuk mengalirkan kuasa yang tidak stabil berbanding ketika cas telefon dengan tenaga elektrik secara langsung. Aliran kuasa yang tidak stabil ini menjadikan hayat bateri semakin berkurangan.

3. Mengisi Bateri Lebih Lama Dari Waktu Yang Diperlukan

Masih lupa untuk mencabut plag pengecas apabila telefon pintar dicas sepenuhnya? Seelok-eloknya anda tidak mengamalkan kebiasan ini! Meskipun telefon pintar masa kini dilengkapi dengan overcharge protection yang secara automatik menghentikan proses pengecasan ketika bateri penuh, telefon yang terlalu lama dicas tetap berpotensi mengalami penurunan prestasi bateri.

Untuk mengekalkan prestasi, anda tidak perlu cas telefon sehingga 100 peratus. Bahkan, bateri telefon berada dalam keadaan optimum apabila mencapai kapasiti 40 hingga 80 peratus.

4. Tidak Segera Mengecas Telefon

Kalau nak tahu, salah satu punca kenapa hayat bateri tidak tahan lama disebabkan kebiasaan kita menggunakan telefon pintar sehingga bateri habis sepenuhnya. Seandainya anda menggunakan telefon sehingga kehabisan bateri serta tidak segera mengecasnya semula, sel-sel asas pada bateri akan mengalami saturation atau ketepuan.telefon terlebih cas, telefon panas semasa cas, cara cas telefon yang betul, tip cas telefon,

Natijahnya, sel-sel mati dalam bateri akan berkumpul akhirnya membuat bateri tidak sihat dan mengurangkan prestasinya. Justeru, anda disyorkan untuk menyegerakan cas telefon apabila beteri berada diparas 15 hingga 35 peratus.

BACA JUGA: 5 Cara Mengurangkan Kepanasan Melampau Pada Handphone

You might also like
2 Comments
  1. […] senarai bagi menjadi bukti mana satu peranti yang berfungsi dengan baik dan mana bahagian yang rosak. Ini penting bagi mengelakkan kes di mana pengguna merasa curiga dengan pembaiki yang tiba-tiba […]

  2. […] setiap hari kita akan mengambil gambar menggunakan telefon bimbit. Disebab itu storage telefon kita penuh dengan […]

Leave A Reply

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Your email address will not be published.